بسم الله الرحمن الرحيم
Dulu solat yang paling aku geruni ni lah : ISTIKHARAH. klo orang ngadu kat aku masalah mereka yg terpaksa mbuat pilihan.., memg aku sarankan utk mereka buat solat ni.., tapi aku sendiri jarang buat solat ni.., cuma baru2 ni je aku telah memberanikan diri utk melakukannya... :) atas sebab ape biarlah rahsia.. but FYI ni bukan solat fardhu.., tapi solat sunat je..
Biasanya solat istikharah ni dilakukan apabila seseorang itu ingin
melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau
tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.
okay.., biasanya orang selalu anggap solat ni untuk tentukan jodoh.. nak pilih mana yang terbaik..., uppss salah sudah di situ.., bahkan dalam satu blog yg aku baca wikipedia :
Dalam sebuah hadis
daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar
kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang
penting. Baginda bersabda,
Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka
hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah,
sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku
minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang
luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada
berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha
Mengetahui yang ghaib.
see..?? Solat
istikharah hanya boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan
urusan-urusan yang harus sahaja, baik ianya isu yang besar ataupun
kecil, perkara yang penting ataupun tidak. Contohnya membuat keputusan perkahwinan, perniagaan, untuk keluar bermusafir dan sebagainya. Bagi urusan-urusan yang diwajibkan atau disunatkan Syarak, tidak perlu lagi istikharah. Setiap yang disuruh oleh Syarak adalah jelas baik tanpa syak lagi. Begitu juga dengan urusan-urusan yang diharamkan oleh Syarak atau dimakruhkan, tidak perlu lagi diistikharahkan kerana ia dilarang oleh Syarak. Setiap yang dilarang oleh Syarak adalah buruk tanpa syak lagi.
err guano caro nok solat istikharah ni Fathi ooiii??? haa kayy.., ni kat bawah ni.., hgpa baca la.. ni pun aku copysusu dari blog Shafiqolbu..
a. Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.
b. Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
c. Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang
tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada
kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!
e. Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
f. Membaca doa solat sunat Istikharah:
g. Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).”
h. Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
i. Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.
-----------------------------
# Tidaklah termasuk dalam syarat solat istikharah bahawa seseorang itu akan mendapat mimpi tentang pilihan terbaik. Adapun
tanda-tanda atau petunjuk dari Allah selepas istikharah ialah apa yang
dirasakan oleh hati. Orang yang beristikharah itu hendaklah melakukan
atau memilih apa yang hatinya berasa senang dan yakin untuk
melakukannya.
# Suatu perkara yang perlu diingat ialah ketika melakukan istikharah, hati hendaklah ikhlas kepada Allah. Jangan
melakukan istikharah dalam keadaan hati cenderung pada mana-mana
keputusan, kerana itu tandanya hati kita tidak ikhlas dalam
beristikharah kepada Allah. Jangan berpegang dengan ketenangan hati yang terbit dari kehendak hawa nafsunya sebelum istikharah. Maknanya
orang yang melakukan istikharah hendaklah ia meninggalkan pilihan
sendiri sebelum istikharah, kerana kalau demikian bukanlah beristikharah
kepada Allah namanya, tetapi beristikharah kepada nafsu sendiri.
WAKTUNYA
1. Solat
Istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki asalkan
bukan di dalam waktu-waktu yang dilarang solat sunat.
2. Sangat
baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati
lebih khusuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.
3. Solat ini sangat peribadi sifatnya. Sebab itu harus dikerjakan sendirian.
4. Solat ini tidak memakai azan atau iqamah. credit to : sallihhassan
##################################
semoga aku bertemu jawapannya :)