hahaha.., Fathi.., Fathi.., nampak sangat jiwamu tak kuat lagi.., dah dah dah., pasni dok diam2 je ye.., :) dooiii cengengnya kau ni fatihah!!!
haha.., betul lah tu..,memang jiwa aku tak kuat lagi lorh.., tapi cengeng2 aku pun.., cengeng2 dalam e tau.., jiwa je yang menangis.., hahaha.., kat pipi ni ntah nape air mata ni tak nak mengalir..., hohoho..., nampaknya aku kena berusaha lagi ni.., hal sekecil tu pun aku dah tewas.., xboleh jadi ni!! hahaha.., mana taknya.., niat aku baik tapi kena label dgn label pen#@#@* pulak tu.., kalau label ECONSAVE tak pe gak.., hahaha.., aku ni kan anti kata2 kesat..., :P tu yang agak toching tu.., ngeee.., sesuai la kan dengan sifat OKTOBER an?? hahahaha..
OKTOBER
Suka sembang.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jalan tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Nampak macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Prihatin dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat.
well hampir 99% ape y org ni kaji betul2 ada pada diri aku.., huhu.., kbetulan kan?? hahaha..., so tu lah diri aku.., y negatif tu mintak maaf ye..., nanti fathi cuba ubah ye.., (blink2) hihihi
-eh bulan lima ape ek?? hahaha tetibe..-
MEI
Kekerasan hati & degil.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros
betul ke tak eh??? urmm nak kena buat penelitian ni.., ahaks!!! daa...
Tuesday, 30 April 2013
Sunday, 28 April 2013
gajah ke soulmate aku?!
Bab satu
Alya diam duduk berpeluk tubuh
memandang ke luar melalui cermin tingkap kecil di sisinya. Beberapa orang lelaki dan perempuan yang
memakai baju uniform berwarna merah ligat melakukan tugasan masing-masing.
Sesekali mereka bergelak ketawa, bergurau. Cuaca yang panas di luar nyata tidak
melunturkan semangat mereka untuk mencari rezeki.
“Ehem..”
Alya pantas menoleh pabila mendengar bunyi deheman disebelahnya.
“Miss..,
you nak duduk berkelana kat sini ke?”
Alya
menjeling tajam pemuda disebelahnya. Nak perli-perli pulak.. Pemuda itu hanya
ketawa melihat muka Alya yang sudah mencuka. Dia pantas menjauh memberi ruang
pada Alya yang sudah berdiri ingin berlalu.
“Faris..,
you ada shift lagi ke lepas ni?” Alya memandang pemuda dihadapannya yang segak
berkot hitam sebelum mengalihkan pandangan kepada si empunya suara yang sedang
melangkah ke arah Alya dan pemuda yang dipanggil Faris itu. Gadis cantik yang
berskirt merah paras lutut itu pantas melemparkan senyuman pada Alya. “Thank
you. Have a nice day.” Sapanya.
Alya
hanya tersenyum. Hatinya sempat memuji kecantikan gadis itu. Perghh.., dahlah
cantik.., senyuman dia tu lagilah..., sure ramai peminat awek ni. Entah-entah
mamat Faris ni pun minat dia jugak. Dia memandang Faris yang kini sedang berhadapan
dengan si gadis.
“Ala..,
I baru nak ajak you pergi rumah I this weekend. Parents I ada buat wedding
anniversary mereka.”
“Sorry
Nana.., tu lah.., siapa suruh you tak invite I awal-awal.., kalau tak sure I
boleh ambil cuti dan pergi rumah you.”
Ohh
Nana nama awek ni. Bisik hati Alya yang dari tadi berdiri memasang telinga.
Eh., bukan sengaja eh dia memasang telinga. Siapa suruh dia orang menghalang
laluan perjalananku. Tak kan nak turun guna tingkap kot? Alahai mereka berdua
ni.., kalau ye pun nak buat aksi pujuk memujuk bagi lah aku jalan dulu.
Haddooiii.. tiba-tiba hati Alya terasa rimas melihat pasangan di hadapannya ni.
Ahh ni tak boleh jadi ni.., aku dah lapar dah ni. Takkan nak tunggu mereka
berdua selesai aktiviti tawar-menawar kot baru aku nak keluar. Mahu aku pengsan
karang!
“Excuse
me.” Celah Alya.
Faris
dan Nana serentak menoleh memandang Alya.
“Err..,
perut saya dah berkeroncong ni. Saya nak lalu boleh?”
“Ohh
sorry.., kami tak perasan. You lah ni Faris. Kesian this girl.” Nana masih lagi
dengan senyumannya.
Faris
ketawa kuat. “Aik, I pulak yang salah. You yang bercakap tak henti-henti.”
Faris memandang Alya yang betul-betul berada di antara dia dan Nana. “Tulah..,
lain kali you makan calcium banyak-banyak sikit ye miss. Kalau tak kesian nanti
orang tak nampak pulak.”
“Faris!
Jahatlah you ni!” Nana menepuk lembut lengan Faris. “Err sorry ye miss. Dia ni
memang gila-gila sikit.” Ujar Nana memohon maaf. Apa-apa pun etika bekerja
perlu dijaga. Buatnya gadis ni mengadu pada pihak atasan.., tak ke naya.
Alya
hanya tersengih memandang kedua-duanya. Malas mahu menjawab walaupun hatinya
berasa geram dengan perlian Faris padanya.
Dia membetulkan letak duduk beg di bahunya. Dia berjalan selamba
melintasi mereka berdua. Matanya sempat mengerling tag nama yang terlekat kemas
di sudut kiri baju Nana. NORDAYANA. Ohh
tu nama penuhnya. Saat kakinya hampir mencecah anak tangga terakhir tiba-tiba
dia teringat sesuatu!
*************************
Bersusah
payah dia mengangkat beg bagasinya yang sederhana besar dan diletakkan
bersebelahan dengan satu lagi bagasinya yang berwarna biru tetapi bersaiz lebih
besar. Haddoii.., banyaknya beg aku! Satu keluhan terlepas. Mahu lenguh badan
aku bawak beg ni semua. Ish ish ish. Dengan bagasi yang besar di tangan kanan
dia menarik kedua-dua bagasi miliknya beralih ke sudut tepi memberi ruang
laluan kepada yang lain. Poket seluar slack di seluk mengambil talifon
bimbitnya. Leka menaip sehingga tidak sedar tingkahnya ralit diperhatikan oleh
seseorang.
“Oh
mak Alya dah sampai! Lapar nak pengsan! ” Alya melatah terkejut apabila
belakangnya yang memikul beg sekolah ditepuk kuat. Mukanya sudah terasa panas.
Ya Allah!! Malunya aku semua orang pandang. Alya menekup mukanya dengan kedua
tapak tangan. Mahu saja dia mengurung dirinya didalam bagasi birunya itu. Dia
mencuri lihat melalui celah-celah
jarinya. Hampir kesemua orang yang berada di ruang itu memusatkan pandangan ke
arahnya dengan senyuman dan ada juga yang tertawa. Mak.., malunya Alya..!!
“Eh,
Alya jangan pengsan dulu nak.., mak tak larat nak angkat Alya nanti.”
Alya
pantas menoleh mencari empunya suara dibelakangnya yang dari tadi tidak
henti-henti mengetawakannya. Dah tu berani pulak loyar buruk ngan aku! Alya
menjengilkan matanya bulat. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.
“Alya
nak makan apa nak?” sekali lagi pecah ketawa yang membingitkan pendengaran
Alya.
“Kau
apasal?! Gila?!” marah Alya. Nafas Alya turun naik menahan sabar. Telefon
bimbit di tangannya digenggam kuat apabila terasa kata-katanya tadi tidak membawa
apa-apa makna malah makin kuat pula tawa itu dipendengarannya. Alya perasan
orang disekeliling yang lalu lalang memandangnya.
Dia
mendengus kuat lalu berpaling mengambil bagasinya dan dengan bersusah payah dia
menarik menuju ke pintu balai ketibaan. Langkahnya terhenti apabila terasa
begnya berat tidak bergerak. Dengan kerutan Alya berpaling ke kanan. Dia
merenung tajam ke arah satu susuk tubuh yang tersengih-sengih memandangnya.
Patutlah berat!
“Woi
bangunlah! Yang kau duduk atas beg aku kenapa?!” marah Alya dengan suara yang
agak kuat. Dia tidak peduli dengan orang yang sibuk tertawa memandangnya. Ahh
orang bukan ketawakan aku.., tapi ni ha.., anak gajah ni!!
“Tak
nak. Aku nak duduk sini jugak. Aku tengah
penat ni. Kau tariklah aku ye.. Aku nak
rehat. Hihihi. Thank you!”
“Banyak
cantik muka kau. Eee bangunlah!! Dah lah berat macam anak gajah. Kau jangan nak
mengada-ngada boleh tak?! Kat luar tu banyak kerusi. Kau nak baring ke nak apa
ke, terserah pada kau. Sekarang ni kau bangun dari beg aku!!”
“Hahaha..,
sampai hati awak cakap saya macam anak gajah. Kalau saya anak gajah awak mesti
mak gajah kan?? Mak gajah.., anak gajah nak rehat kat sini ye mak gajah.???” Sengaja
dia mengecikkan suara seperti kanak-kanak. Siap dengan pakej muka comel pulak
tu. Ketawa lagi! Argghh sakitnya hati!
Dia kata aku mak gajah?! Sesedap rasa
betul lah mamat ni!!
“Eee bangunlah
Faris!” pinta Alya sekali lagi. Dia berura-ura mengangkat bagasinya lebih
tinggi namun ternyata anak gajah ini memang berat!
Dia buat dono
je?! Tak boleh jadi ni!! Mata Alya lingkas mencari kelibat polis yang selalunya
berada di pintu balai ketibaan. Yes! Ada pun. Alya berkerut melihat dua orang
polis muda yang kelihatan hensem bergaya itu terangguk-angguk. Amboii
marah-marah pun mata kau tu sempat juga ye menilik hensem ke tak. Getus
Alya. Ni yang abang polis ni
tersenyum-senyum terangguk-angguk ni kenapa pulak? Pantas Alya berpaling
melihat makhluk tuhan yang sedang enak berehat di atas bagasinya. Patutlah!!
Sure dialah yang menyebabkan abang polis dua orang tu tak mahu membantu aku. Mentang-mentanglah...
“Kenapa
Alya renung saya macam tu, Alya? Dah jatuh cinta ye dengan saya? Ke Alya nak
makan saya ni? Alya dah lapar sangat
eh?”
Bencinya
aku!!!! Alya mengetap bibir.
“Lapar
ye Alya?” tanyanya lagi.
“Alya..,
oh Alya..., awak la...”
“Shut
up!!!”
*************************
Alya
mengeluh perlahan. Laju jemarinya bermain di atas skrin sentuh talifon
bimbitnya. Setelah menaip okay mama dia terus menekan butang send dan
terus menyimpan ke dalam kocek seluarnya.
Faris
melabuhkan punggung berhadapan dengan Alya yang sedang duduk berpeluk tubuh.
Botol air mineral dan secawan air gas pepsi dihulurkan kepada gadis yang masih
mencuka. Namun hulurannya tidak bersambut. Alya hanya memandang sepi ke tanpa
menghiraukannya. Faris tersenyum. Dia
tahu gadis itu masih menyimpan geram padanya. Botol mineral 150ml itu dengan
sengaja dicampakkan betul-betul di atas peha Alya membuatkan gadis itu tersentak.
“Kau
apasal? Tak boleh bagi betul-betul ke?” marah Alya.
Faris
mencebik. Huh.., dia yang berkhayal lepas tu nak marah-marah orang pulak. Roti
coklat Gardenia yang dibeli tadi dikeluarkan dari plastik.
“Nak
tak?” Tanya Faris.
Alya
hanya menjeling sebelum menyandarkan badan ke kerusi. Matanya dipejam rapat.
Nafas ditarik perlahan-lahan. Penatnya jiwa dan raga ni! Faris menjungkit kening. Tadi aku tak tanya
dia marah.., bila tanya sikit punya baik dia bagi aku jelingan tajam dia tu??
Alya.., Alya. Faris menggeleng. Tak nak makan sudah, biar aku yang makan.
Faris
dan Alya masing-masing membisu dalam dunia sendiri. Balai ketibaan yang tidak
pernah putus dengan manusia sedikit pun tidak mengganggu kedua-duanya. Faris
memandang Alya yang masih lagi bersandar dengan kepala yang sedikit terlentok
di kerusi. Tersentap juga dia tadi bila Alya menangis dan terus berlari dengan
bagasinya yang sederhana besar sementara dia hanya terdiam kaku di atas satu
lagi bagasi milik Alya.
Bayangan
Faris tersentak bila tiba-tiba dia terdengar suara halus milik Alya. Alya
diihatnya sedang duduk tegak memandangnya dan kemudian terus menatap talifon
bimbitnya pabila pandangan mereka beradu.
“Alya
cakap apa tadi?”
Alya
mendongak dan terkebil-kebil memandang Faris yang sudah kegelisahan. Aku
berkhayal ke tadi sampai suara Alya boleh terdengar-dengar kat telinga tadi??
“Err.., tak ada
apa-apalah Alya.. hihihi.” Faris tersengih-sengih. Dia terus menyuap masuk roti
yang sudah tinggal separuh.
“Thanks.” Faris
tersedak. Nasib baik roti yang dikunyahnya tidak tersembur keluar. Dia
terbatuk-batuk. Alya kelam kabut menghulurkan botol mineral yang sudah dibuka
penutupnya. Faris meneguk rakus sehingga dirasakan tekaknya kembali normal.
“Ris., are you
okay?” Nana yang kebetulan baru keluar dari balai ketibaan bersama
pramugari-pramugari yang lain terus menerpa ke arah rakannya itu setelah dari
jauh dia Nampak lelaki itu terbatuk-batuk tidak henti. Jejari runcingnya
mengurut lembut belakang Faris.
Faris
tersenyum.
“Thanks. I
okay. Amboii you., kalau ye pun risau kat I takkan you angkut sekali semuanya
melawat I.” Faris mengusik. Hidungnya agak memerah sedikit.
Nana menoleh
kebelakang. Suzy, Jue dan Zyra hanya tersengih melihat Faris yang tidak pernah
putus idea mengusik mereka. Tidak hairanlah jika semua staff menyenangi pemuda
kacak dihadapannya itu.
Faris mengaduh
kesakitan menerima pukulan beg tangan Gucci milik Nana di lengan sasanya. Dia
mencemik seperti ingin menangis. Bukan sakit pun sebenarnya. Sengaja hendak
mengada-mengada mengusik teman-temannya.
“Kami tiba-tiba
ternampak you macam dalam kesakitan.., thats why la kita orang datang nak
tolong. Bukan apa.., I tak nak nanti tempat ni berhantu pulak kalau tiba-tiba
you mati tercekik kat sini.” Ujar Nana membalas sebelum semuanya mengetawakan
Faris. Bukan selalu dapat kenakan Faris tau!! Selalu Faris je la kaki buli
mengusik mereka.
“You all ni
semua dah nak balik la eh?”
“Yela Mr.Faris
ooii.., you ingat you sorang je yang habis shift.” Suzy menyampuk.
“Haa.., asal
you tak balik lagi ni Faris?” Tanya Nana pelik. Rasanya dah lama Faris berlalu
keluar selepas penerbangan terakhir mereka tadi.
“I lapar lah.
Tu yang I rest sini kejap sambil makan roti ni. Elok-elok tengah makan
menikmati kelazatan roti Gardenia tiba-tiba I terus tersedak then you all pun
datang sebagai penyelamat lalu roti I pun tak sempat dihabiskan lalu I pun tak
dapatlah balik.” Faris tersengih senang hati, roti di tangan dicubit sedikit
dan disuap ke mulut.
“Ishh.., dia ni
kan suka jawab panjang-panjang dan meleret entah apa-apa!” marah Nana. Dia
bangun berdiri mengemaskan pakaiannya. Dia memandang tiga temannya di belakang.
“Ris.., we all gerak dulu lah. Badan I dah penat dah ni. You tu makan elok-elok
sikit. Karang tercekik lagi I tak tahu. Penyelamat-penyelamat you ni dah nak
balik dah ni.” Nana ketawa kecil. Masing-masing meminta diri dan Nana sempat
menangkap wajah Alya yang hanya selamba menunduk memandang talifon bimbitnya.
Bab
dua
“Alya ni..,
nasib baik saya tak mati tercekik tau. Kalau tak tunggulah nasib awak nanti
bila saya jadi hantu. Saya cekik awak semula, padan muka.”
Berkerut Alya
memandang Faris di hadapannya.
“Entah apa-apa
entah kau ni lah. Aku cakap thanks pun kau nak terkejut macam nampak pontianak.
Leceh betullah kau ni.”
“Amboii ayat
kau.., Alya. Sungguh berbunga-bunga.” Faris tertawa. Dia mengambil plastic
merah di sebelahnya lalu diberi pada Alya.
“Ambil roti ni.
Makan sikit buat alas perut tu. Hahaha.., kau dengar ayat aku tu.., alas perut
gitu. Bukan kaki dengan meja je tau yang perlu ada alas., perut pun kena ada
juga tau.”
Alya hanya
diam. Perut yang berkeroncong memaksa dia menerima juga huluran Faris.
“Thanks.”
Faris
mengangguk. “Aku bukan apa.., takut kau pengsan je kat sini kang kalau aku tak
bagi makan.., susah pulak aku nak angkat kau. Bukannya ringan kau tu. Harap
rendah je.., tapi badan.., kus semangat.., mak gajah la katakan kan?” sengaja
Faris menyebut perkataan ‘mak gajah’ itu dengan nada yang agak perlahan.
“Woi..,
berangan ke??” panggil Faris. Diam je Alya ni.., penat-penat aku kutuk dia, dia
boleh buat muka selamba je? “Wei.., dengar tak apa aku cakap ni?”
Alya mendengus kuat. Kedua-dua tangannya
dimasukkan melalui tali beg berwarna kuning berjenama BillaBong.
“Apa-apa je la
anak gajah.” Alya sempat menoleh Faris yang terpinga-pinga. “Aku balik dulu.
Assalamualaikum.” Usai itu, dia bingkas bangun dan menarik bagasinya berlalu
meninggalkan Faris.
*************************
Sendirian lagi. Jam di dinding dikerling.
Bosannya!! Bantal peluk ditarik dekat ke dada. Dipejam matanya rapat,
cuba mendodoikan diri. Sudah seminggu dia di rumah setelah hampir 3 tahun
bermaustatin di Sabah. Ikutkan hati memang tak mahu lagi dijejakkan kakinya ke
rumah teres dua tingkat ini. Namun desakan mamanya yang setiap hari menalifon
ditambah pula dengan pujukan Mak Busu membuat dia tidak betah untuk
berlama-lama di sana, sementelah dia sedar sudah lama dia mengabaikan
tanggungjawabnya di sini.
Tapi.., serius bosan tahap gaban
dirinya di sini. Rutin hariannya sepanjang tujuh hari ini dari awal dia celik
mata hinggalah ke saat dia terlena semuanya sama. Bangun pagi buat sarapan,
mandikan adik-adik dan kemudian menghantar mereka bertiga ke sekolah. Dalam
pukul lapan sesampai saja ke rumah sebesen pakaian sudah menantinya di dalam
bilik air.
Lebih kurang pukul 10, terpaksa pula dia turun naik tangga mengemaskan
rumah yang sederhana besar itu. Walaupun tidaklah sebesar mana.., tapi cukup
membuatkan badannya yang agak gempal itu melancun-lancun dengan peluh.
Adik-adiknya yang tiga orang itu sungguhlah nakal! Puas diingatkan untuk
kembali menyusun segala permainan namun langsung tidak diendahkan.
Kertas-kertas bercarik bersepah disana sini. Tanah liat melekat-lekat di
lantai. Robot-robot transformers bersepah-sepah. Kusyen-kusyen terdampar dengan
zip yang terbuka. Warna pensil terselit di bawah almari, permaidani dan sofa.
Huh! Rasa macam sia-sia saja mengemas!
Hampir pukul dua belas barulah dia dapat merehatkan diri. Itupun di dapur!
Yelah kan.., setakat memasak, apa yang susahnya. The best things that i love
the most. Hohoho. Main hentam sahaja English aku ni! Bak kata pakcik dalam
cerita pendekar bujang lapok – hentam sajalah! Hurmm.., tapi nak masak tu pun
sebenarnya payah juga.., mana taknya..,
aku tak boleh sesuka hati memasak ikut sedap rasa.., ada pulak
peraturannya! Aisehh leceh betul la. Dia mengeluh panjang.
Bunyi lagu Bosan nyanyian Stacy tiba-tiba menyentap pendengarannya yang
sedang enak berguling-guling. Dengan malas tangan diraba-raba kebelakang
mencapai sesuatu yang berukuran kotak pensil yang bergegar-gegar tanpa henti.
“Assalamualaikum Alya.” Berkerut sedikit dahinya. Siapa pula ni?
“Waalaikumussalam.”
“Alya kat rumah ke ni?”
“Ha? Ha’ah.” Jawab Alya pendek.
“Ohh semua ada ke?”
“Tak. Saya seorang je kat sini. Mama kerja. Adik-adik ada kelas ganti.”
“Ohh okay. Kita orang on the way ni. Kejap lagi kita orang sampaila. Saja
call nak pastikan ada orang kat rumah.” Alya menggaru kepala. Kita orang?
Siapa? Mail, Jaja dengan Latip ke? Tapi ni bukan nombor Mail. Nombor Latip ke
ni? Ye la kott.., sebab nombor Latip hari tu kan aku da terdelete masa gaduh
dengan dia.
“Alya? Boleh tak ni?”
“Eh., eh.., boleh. Silakanlah.” Tapi.., suara ni macam bukan suara Latip.
Suara Latip garau macam harimau. Yang ni...lembut sikit dari harimau.., eisshhh!
“Haa nanti dah nak sampai kita orang call lagi ye. Dekat supermarket ni.
Nak beli buah tangan sikit. Okaylah.., assalam....”
“Eh jap., jap! Jangan letak dulu.”
“Kenapa Alya?”
“Err saya nak tanya sikitla. Sebenarnya awak ni siapa dan err.. kita orang
tu siapa?” haa terlepas juga persoalan yang dikurung-kurung sendiri sedari
tadi.
“Ha’alah.., dari tadi dok cakap panjang lebar rupa-rupanya Alya tak tau ni
siapa? Haha.., Alya.., Alya.. Ni abang cik lah.”
Abang Cik?!!
*************************
Dulang merah yang telah kosong diletakkan di bawah meja kopi. Dua gelas
kosong dihadapannya dituang air ribena yang sejuk dengan ketulan-ketulan ais.
“Minum Moksu.” Dihulurkan gelas itu
kepada Mak Busu dan satu lagi diletakkan di atas meja bertentangan dengannya.
Alya kemudian duduk bersimpuh di sebelah Mak Busu. Pisau di tangan Mak Busu
berganti tangan. Beberapa biji buah epal telah siap Mak Busu kupas kulitnya. Alya ambil baki yang selebihnya dan dikupas
satu persatu sebelum dipotong.
“Manis tak buah tu?”
Alya mendongak. Dia mengangkat bahu.
“Tak tahulah Moksu. Adik tak rasa
lagi.” Beberapa biji buah yang sudah siap dikupas dipotong laju kedalam pinggan
dan diletak di atas meja.
“Cuba Moksu rasa.” Suruh Alya. Mak
Busu mencapai sepotong. Terdengar lafaz basmalah disebut. Alya hanya memerhati
menanti reaksi Mak Busunya.
“Ermm okay la ni. Tak ada lah manis
sangat. Sedang elok la ni.” Mak Busu terangguk-angguk sedikit. “Nah, rasalah.” Buah epal yang sudah separuh
digigit disuakan pada Alya.
“Haah.., sedap!” Alya tiba-tiba
bangun dan berlari anak ke dapur.
“Kejap eh Moksu!” laungnya kuat. Bunyi pintu kabinet ditutup dengan kuat
bersilang dengan satu bunyi ketukan batu. Dia kemudiannya muncul tersengih
dengan sebuah mangkuk sederhana kecil di tangan.
“Apa tu dik?”
“Haa ni namanya sambal sweet sour Moksu! Hahaha.” Alya duduk bersila di
penjuru meja kopi, masih di sebelah Mak Busu namun ditempat yang berlawanan
dari tadi. Kini dia berada di tengah-tengah antara Mak Busu dan anak
kesayangannya, Nazri.
Nazri yang sejak melangkah masuk ke rumah teres dua tingkat itu diam
membisu menonton tv menjenguk kepala mengintai mangkuk kecil disebelah pinggan
epal yang sudah togel tanpa baju. Sedikit belacan dan gula serta beberapa
batang cili api hijau dan merah yang sudah hancur. Ehh tu yang halus-halus tu
apa? Ohh garam lah tu agaknya.
“Apa ni dik?” soalnya. Duduknya di sofa sudah didekatkan sedikit merapati
Alya di bawah.
Alya menjeling tajam Nazri yang agak membongkok sedikit menghadapnya. Sambil
itu sambal sweet sour nya digaul dan ditekan-tekan dengan sudu sehingga semuanya menjadi lumat
sebati.
“Ohh ada lagi anak Moksu ni kat sini
eh. Ingat dah kena sedut masuk tv tu sekali main sep sep tom tom dengan anak
singa tu.” Perli Alya mengundang tawa Mak Busu.
Spontan Nazri mencapai remote Astro
di sebelahnya dan... Papp!! Dia memukul kuat lengan Alya yang berbalut baju
kurung kuning keemasan . Padan muka. Getus hatinya apabila Alya menjerit
kesakitan.
“Sakit lah budak!” Alya bingkas
berpusing kebelakang dan merenung marah Nazri yang selamba memandangnya.
“Nasiblah!” Nazri sudah menjelir lidah.
“Eeee tak ada perasaan betul la dia
ni. Dah lah menyakitkan tubuh orang.., lepas tu menyakitkan hati dan perasaan
orang pulak tu! Menyampah betul la.” Bebel Alya dengan muncung yang panjang.
Matanya masih lagi statik menentang wajah kacak Nazri.
Terangkat kening Nazri.
“E’eh.., abang rasa abang cuma pukul
kat sini je...” Nazri menunjuk ke lengan Alya. “Tak ada pulak rasanya abang
pukul hati adik yang tersorok kat dalam tu. Lagipun lecehlah kalau abang nak
pukul hati adik tu.., nak kena keluarkan dari badan adik tu nak guna apa? Pisau
yang tumpul tu? Huh?! Berejam-rejam nak menunggunya tau. Takat untuk potong buah
epal bolehlah.”
Alya mendengus marah.
“Menyampah layan abang ni. Pergilah tengok
tv sana!” paha Nazri ditolak sekuat mungkin jauh darinya. Nazri hanya tertawa
riang. Sengaja dia mengkakukan badan ingin mengusik Alya yang kelihatan bersungguh-sungguh
menolaknya. Tergelak dia apabila Alya mencebik dan berpusing 180 darjah
membelakangkannya. Mengalahlah tu.
Huh.., tengok muka Moksu lagi best daripada tengok abang lah. Dapat jugak
pahala. Ngomel Alya di dalam hati. Mak Busu cuma diam tersenyum memerhati. Macam
budak-budak! Alya menggolek-golekkan
hujung buah epal di dalam sambal sweet sour dan disuapkan ke mulut Mak Busu.
“Moksu.., kacak juga kan abang chik tu! Walaupun dia nampak agak skema
dengan rambut belah dua.., baju siap tight-in tapi dengan kaca mata yang dia
pakai tu.., perghh!!! Lagi-lagi dengan suara dia yang slow ala-ala romantik gitu.
Patutlah kak chik boleh jatuh hati kat dia ek? Kak chik kan suka orang romantik.”
Selamba Alya mengomen abang chik a.k.a Khairil Adam a.k.a Laili’s husband. Mulutnya leka berborak
dengan Mak Busu ~ tidak mengendahkan Nazri dibelakang. Mangkuk sambal terus
diangkat dan diletakkan ke lantai saat hujung matanya ternampak tangan sasa
seseorang sudah mencapai epal yang putih berseri.
“Auuwwww!!! Sakitlah!!!” Alya mengaduh. Tangannya cepat memegang jemari
kasar yang hinggap di rambutnya.
“Moksu!! Tengok abang!!” adu Alya dengan muka yang berkerut menahan
kesakitan sambil memukul tangan Nazri yang masih menarik rambutnya. Dia terdongak
sedikit kebelakang. Dijengilkan matanya memandang Nazri yang menayangkan wajah
selamba.
“Nazri.” Tegur Moksu. Alya menjelir tanda kemenangan. Kalau Moksu dah
bersuara sure abang kecut punya. Hihihi. Bibir Alya mulai melakar sedikit
senyuman saat dirasakan rambutnya mulai perlahan-lahan dibebaskan. Yes!! Hahaha...
eh.. eh..!!
“Abang Ayie!!”
Ketawa Nazri kuat memenuhi ruang tamu rumah dua tingkat itu. Dia tersandar
keletihan di sofa. Penatnya ketawa.. Pahanya yang kemerahan dipukul Alya,
walaupun perit namun tidak dihiraukan.
“Kejam betul la abang ni! Sanggup tarik rambut orang semata-mata tu je.”
Alya sudah berpindah duduk di sofa sebelah Nazri yang masih tidak henti ketawa.
Ada ke patut tarik rambut aku sampai aku nyaris-nyaris jatuh kebelakang. Ingatkan
masa aku dok yes! yes! tadi tu betul-betullah dia cuak kat Moksu. Rupa-rupanya
dia nak pekenakan aku je. Lagi dia sentap rambut aku adalah.., pastu dia sikit
punya baik terus bangun menunduk ke depan aku.. nak.. nak.. nak cicah sambal
sweet sour aku!! Baik punya abang!
“Hey.., pening mak lah tengok perangai kau orang berdua ni. Asyikklah nak
berantam tak sudah-sudah.”
“Adik ni mak! Ayie tahu dia sengaja je larikan sambal tu tadikan budak?”
tangannya sudah melekat di rambut Alya dan ditarik perlahan sehingga Alya
tertoleh memandangnya. “Tu tadi tuu.., saja je dia buat gimik lebih, macamlah
sakit sangat Ayie tarik rambut dia. Kan adik, kan?” Alya sudah
tersengih-sengih. Betullah tu! Bukannya sakit pun.., saja je nak mengada-ngada!
Ahaks.
“Astarghfirullahaladzim!!” jeritan di muka pintu membuatkan mereka bertiga
berubah riak.
jumpa lagi nanti ek..., :) |
Subscribe to:
Posts (Atom)