p>
Home | MukaBuku | Jom Twit2 |

Saturday, 9 March 2013

kasih AYAH DAN IBU

tersentuh hati ini.., ayah dan mak baru balik dari luar.., bila tahu anaknya ini macam merajuk.., sanggup keluar kembali mengambil barang yang dirajuknya itu! ya Allah.., menitis air mata ini..., begitu mendalamnya kasih mereka..,, dan begitu mengadanya anak mereka ini!

mak dan ayah sanggup buat apa saja untuk kita.., tapi kenapa kita payah sangat nak lakukan apa yang diminta..??? padahal bukanlah benda yang melampau pun benda yang diminta itu.., suruh belajar, belajar dan belajar... bukannya minta angkat kayu balak, kita sering leka dan lalai.., terlampau berhibur dengan dunia luar yang jauh tanpa diawasi oleh mak ayah.., namun pernah tak kita terfikir betapa payahnya mak ayah kita mencari duit untuk sesuap nasi bagi menampung kita semua?? kita selalu tarik muka, bersungut apabila permintaan kita ditolak.., tapi tahukah kita disebalik penolakkan mereka itu.., jauh disudut hati mereka mereka sedang menimbang2kan kembali keputusan mereka.., lalu dengan rasa kasihnya mereka tunaikan juga permintaan kita itu.., tanpa mengira penat dan letih yang menguasai diri.., 

kita sering kali dengan mudahnya mengungkapkan rasa kasih dan sayang kita pada kawan2 dan kekasih.., namun pernah tak kita ungkapkan " mak., saya sayang mak" atau "ayah., saya sayang ayah" kalau yang tidak mengungkapkan itu bila ditanya pasti jawapan "alaa,,, saya malu lah..." yang diterima..,  ana tak nafikan.., memang ana pun kadang2 malu ak cakap.., bukan tak ada rasa sayang.., tapi entah mengapa rasa malu tu sibuk mengdatang..,  buat masa sekarang ana mengungkapkan rasa SAYANG ana ni dengan cara mencium kedua-dua belah pipi mak dan ayah ana setiap kali ana mahu keluar.., kaawan2 ana bertanya dengan hairan.. "kau cium pipi ayah kau?" ana pelik.., kenapakah?! salah ke? ana sayang mak ayah ana..., tidak cukup bagiku jika ke mana2 hanya dengan bersalaman sahaja.even dengan adik2 ana pun ana melakukan benda yang sama jika berpisah jauh.,

ana tak pernah berjauhan dengan keluarga, kemana2 sahaja pasti berteman.., untuk ke kedai yang jauhnya hanyalah lebih kurang 1 atau 2 km pun ayah mewajibkan pemergianku itu dengan berteman!mesti ada adik yang menemani walau pun seorang sahaja. ana tidak pernah keluar berlepak dengan kawan2 di bandar melainkan mereka yang datang ke rumah ana.., ana tidak pernah keluar sendiri melainkan dihantar oleh ayah dan emak ana sehinggalah ana berusia 18 tahun dan mempunyai lesen memandu..., ya allah..., betapa sayangnya mereka padaku.

sepanjang usia ana 19 tahun.., setelah ana belajar di negeri orang inilah ana melakukannya sendiri tanpa ada mereka di sisi. mungkin ada yang pelik bila mereka mendengar ana menalifon ayah yang jauh di Selangor untuk mendapatkan keizinan untuk keluar ke bandar.., mungkin dipemikiran mereka "kau kan dah besar" ana tidak peduli dengan pandangan orang kerana sedari kecil ana telah dididik sebegitu.., dan bagiku..., selagi ana tidak bergelar isteri.., selama itulah ana berada di bawah tanggungjawab ayah dan emak.. mereka perlu menjadi orang pertama yang mengetahui segala tindakan ana..,

kasih ibu bapa tiada tandingnya.., kadang2 ana lalai.., ana liat nk belajar.., kadang2 ana tarik muka juga.., kadang2 ana terkasar tertinggi suara juga bila berkata2.., betapa hinanya diri ini..., ana harap sangat ana akan berubah seratus peratus menjadi anak yang solehah.., mereka adalah yang terbaik buat ana! akak sayang mak ayah dan mama..,

MY BELOVED PARENTS

MY BELOVED MAMA

Tuesday, 5 March 2013

istikharah cintaku bg2

BAB 2

baju kurung berwarna biru yang siap digosok disarungkan ke badan. butang baju dikancing. tudung berjahit berwarna putih yang tergantung di almari diambil. elok sahaja tudung terletak dikepala tangannya ligat membetulkan susun lipat tudung, memperkemaskan. Umairah berdiri memandang cermin dinding yang memuatkan pemantulan keseluruhan tubuh badannya. penampilannya ditelek. tudung putih, baju kurung biru dipadankan dengan kain susun kipas berwarna hitam. wow! memang colourful lah. Umairah tersenyum.

"Kakak.., dah siap ke?" Tanya adiknya, Syafi yang tiba-tiba muncul di depan pintu biliknya. "Ayah kata lagi 5 minit kita gerak." Umairah hanya mengangguk memandang adiknya berlalu keluar.

"Okay.., apa lagi yang tak siap eh?" Umairah memandang dari hujung kepalanya hingga ke hujung kakinya. oh ya! stokin! Umairah berlari ke katil mengambil stokin hitamnya yang terselit di dalam beg bajunya. siap! settle sudah. zip beg ditarik. erk! "apa pulak yang tersekat ni?" beg baju dibuka sekali lagi. hujung kertas yang terjulur keluar ditarik. "ohh surat tawaran." dibaca satu persatu butir maklumat diri yang telah lengkap diisi. 

"Haih.., Mairah Mairah.., nak sangat belajar jauh-jauh kan?? mintak Terengganu yang jauh tuu.., tup-tup betul-betul kau dapat jauh.., Kelantan lagi tu.., haih.." sebak terasa hatinya. tak pernah dia berjauhan dari keluarga sejauh ni. dari umur satu hari sampai dah masuk 18 tahun hanya sekali je dia berpisah jauh dari keluarga. itupun sebab dia terpilih untuk menjadi wirawati PLKN TEMASYA RIMBA TEMPLER yang jauhnya hanya dua jam dari rumah kampungnya. bagaimanakah nasibnya di sini....???

###############################################################################

kolej kediaman siswi ~ al-malik khalid


perjalanan dari homestay yang disewa ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri hanya memakan masa selama 20 minit. kereta yang dipandu cikgu nasir meluncur laju masuk ke perkarangan universiti. hati Umairah berdegup kencang. eh.., kenapa tak ramai yang pakai baju biru ni? ke aku salah pakai ni??? hati umairah disapa keraguan..

"anak encik siswa ke siswi?" tanya seorang pengawal keselamatan sebaik sahaja kereta Exora hitam itu ditahan di hadapan pagar. senyuman yang menghiasi bibir pakcik yang mungkin dalam lingkungan 50-an mekar menyinar menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru.

"encik parkir kereta kat sana ye." pengawal tadi menunjuk ke arah kanan setelah dimaklumkan jantina Umairah. "tempat daftarnya dekat bangunan besar tu" ujarnya lagi, kali ini arah yang ditunjukkan bersebelahan dengan pondok pengawal. kelihatan beberapa buah kereta turut masuk namun membelok ke arah bertentangan. mungkin itu tempat untuk lelaki kot.

usai mengucapkan terima kasih, cikgu nasir memandu keretanya mencari port yang redup. "Baguslah.., tempat parking pun dia asingkan lelaki dengan perempuan." puji puan izzah. umairah menoleh memandang bangunan di sebelah kiri.., KOLEJ KEDIAMAN NILAM PURI.

"ohh ni lah asrama perempuan yang kita nampak pagi kelmarin tu mak" setelah disahkan dia ditawarkan untuk menyambung pelajaran di AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI ini.., hampir setiap hari Umairah meminta bantuan pak lebai google untuk mencari maklumat apa sahaja tentang universiti ini. dewan tadi tu mesti dewan Johor.

"ramainya orang mak...," hadif, si bongsu berusia tujuh tahun masih lagi dalam keadaan mamai. dalam cuaca yang mendung berpangkukan peha si ibu tambahan lagi berhadapan dengan aircond yang kuat suhunya pasti enak dibuai mimpi.

"nanti Fit pun nak masuk sini lah. tengok budak-budak lelaki tu semua smart-smart je dengan kopiah kat kepala." Fitri adik kelima Umairah kelihatan begitu teruja dengan penampilan bakal mahasiswa-mahasiswa 2012.

enjin kereta dimatikan. jantung Umairah berdegup tidak senada. macam-macam yang difikirkannya.., berpisah dengan family.., exam bahasa arab esok hari.., dengan kawannya tak ada.., oppss lupe.., aku ada Aiman! tapi.., Aiman ... urmm..

"apa lagi yang dimenungkan tu kakak?" tegur puan izzah apabila melihat anaknya masih termangu sendiri. "adik-adik semua dah turun lah." Umairah tersengih dan tergesa-gesa mengambil segala dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran nanti.

"mana ibu?" tanya puan izzah.

"ibu suruh daftar dulu. abang long berhenti beli makanan kejap." pintu kereta ditutup rapat.

"erm.., jomlah pergi daftar dulu. karang ramai pulak." ajak cikgu nasir. "Aiman dah sampai ke kakak?"

"belum ayah. dia kata dia tengah on the way.."

"erm., tak apalah., kita pergi daftar dulu., kejap lagi sampai lah tu. Syafi.. Irfan.., ni tolong keluarkan dulu barang-barang kakak ni semua. tunggu sini tau. nanti kalau nampak ibu., suruh ibu parking kat sini." puan izzah meninggalkan pesan kepada keenam-enam anaknya sebelum melangkah bersama Umairah dan suaminya ke dewan Johor.

Sunday, 3 March 2013

ISTIKHARAH CINTAKU bg 1






serasa lama sungguh ana tak update blog ana ni..,tiba2 pulak malam ni nk update.., (padahal esok exam.., huhuhu...) ok.., ermm ana rasa semua orang mesti tahu kan ni doa apa??? yeah.., doa solat istikharah.., so.., my entry hari ni.., tentang APAKAH ARTINYA ISTIKHARAH ku ini??


Umairah menarik kerusi dari perut meja bulat dan berlabuh di situ. Satu lagi kerusi ditarik keluar lalu segala fail-fail peribadinya diletakkan sebelum kerusi tersebut ditolak masuk kembali. 

"Kenapa tak ditinggalkan je barang-barang tu dekat dalam kereta?" Umairah mendongak memandang ibunya  sebelum tersengih sumbang. "Ah..? Err.., terbawa sekali lah emak.. Mamai sikit.. hihi.." sungguh kepalanya terasa berat sekali. Hari ni hari yang sungguh memenatkan dan menyedihkan.

Puan Izzah hanya menggeleng kepala. Macam-macam betul anak sulungnya ini. Menu yang terdampar di atas meja diambil dan ditelek sementara menunggu suaminya yang berpamitan ke bilik air.

"Mak.."panggil Umairah. "Lepas ni kita singgah cyber cafe dulu eh.."

"Nak buat apa?" Puan Izzah memandang pelik. apa sajalah Umairah ni..

"Hari ni kan result UPU keluar. pukul 12 tadi. ni dah pukul 2.30 petang dah ni. ayah..., singgah cc kejap eh lepas makan ni.." rengek Umairah sebaik sahaja ayahnya melabuhkan punggung.

"Hisy dia ni.., tak menyabar betul. tunggulah kat rumah."

"Ermmmm tak nak..., akak dah excited ni.. kawan-kawan akak ramai dah tahu. Hamizah masuk UPSI, Fadhlin dah dapat tawaran UiTM.., Farah UIA.., bolehlah.., please..." Umairah memaut tangan ayahnya. digoyang-goyang lengan tegap ayahnya. Cikgu Nasir hanya menjelir lidah mengusik anaknya. Umairah mencebik masam . dia menarik dekat kerusinya ingin memujuk ayahnya namun niatnya tertangguh apabila seorang gadis berusia lingkungan 20-an datang bersama pen dan kertas ditangan.

buzz! buzz! tangan kanan Umairah terus menyeluk kocek baju kurungnya. Mode handphone yang disilentkan ketika berada di Institut Perguruan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa masih belum ditukar. Aiman. Pantas butang open ditekan.


"Ira.., kau dapat U mana wei?"

jari jemarinya pantas menekan butang QWERTYUIOP Blueberry namun seketika dia memandang ibu dan ayahnya. "ayah dah order akak punya ke?"

"sudah.., nasi goreng patayya ayah orderkan."

"tulah.., leka bersms je.." Umairah tersenyum. namun senyuman ini senyuman yang penuh pengharapan.

"ayah, emak, Aiman tanya akak ni.., akak dapat U mana.. akak minta tolong Aiman checkkan untuk akak ye?" Umairah meminta lembut. Puan Izzah hanya diam sebelum Cikgu Nasir akhirnya membenarkan.

"Man.., tolong checkkan aku punya wei.., nombor ic aku ada dekat kau kan? please ek. aku baru balik dari interview ni.," 

Butang send ditekan dan Umairah menanti dengan penuh debar. nasi goreng yang baru saja sampai disudu perlahan. mana Aiman ni... ishh..., Puan Izzah dan Cikgu Nasir hanya memandang tidak menghiraukan. dah excited sangat lah tu. masing-masing melayan perasaan.

tiba-tiba suasana yang lengang menjadi gamat dengan munculnya suara artis korea 2pm. AIMAN! mata Umairah membulat memandang talifon bimbitnya yang sedang leka menari di atas meja makan. sudu ditangan dilepaskan dan pantas dia menekan butang hijau.

"Waalaikumussalam Man... wei macam mana wei? aku dapat mana?" pantas Umairah tidak memberi kesempatan kepada temannya untuk membuka mukaddimah dengan lebih panjang.

"cuba teka?" sengaja Aiman mengajaknya bermain teka teki. semakin berdebar jantung Umairah dirasakan.,

"alah kau ni..., otak blank ni..., eh kejap2.., kau dapat mana?"

"UM." whoaa!!! UM beb.., Aiman dapat UM..., aku?? dapat ke aku masuk U ni?? Kalau aku tak dapat masuk U..,  aku tak rasa maktab tadi aku boleh dapat.., jadi maksudnya aku tak kan...??!! ahhh no! no! no! ini tak boleh jadi ni!

"Aiman.., aku dapat mana wei???" rengek Umairah. 

"Kau.. tak.. dapat.. " 

"Ha?! yeke?!" serasa punah masa depannya tatkala mendengar khabar berita dari temannya itu. pandangan Puan Izzah dan Cikgu Nasir tidak dihiraukan. hatinya benar-benar kecewa. Umairah bangun menuju ke kaki lima restoran cuba menyembunyikan raut wajahnya dari pandangan ibu dan ayahnya. talifon bimbitnya masih dilekapkan di telinga.

"Wei.., Ira.., Ira.., rileks lah.., cool lah dulu.."

"Aku sedih lah Aiman.., aku sorang je yang tak dapat masuk.., kau pun tahu kan aku nak sangat sambung belajar.. maktab tadi tu time interview aku dah tau dah aku gerenti tak dapat masuk.., maktab pun satu., bagi kat aku course bahasa inggeris buat apa.., bagilah matematik.., eee !!! ni universiti pun aku tak dapat masuk jugak.., sedih tau tak.." luah Umairah. Aiman hanya mendengar tanpa menyampuk. masing-masing diam melayan fikiran. Umairah masuk kembali mendapatkan ibu dan ayahnya. sengaja diceriakan wajahnya. nasi yang masih berbaki di pinggan  dipandang namun tidak lagi menarik minat Umairah. perutnya kini terasa sebu. 

"Tak apa lah Man.., mungkin bukan rezeki aku kot.., mungkin panggilan kedua ni ade lah nama aku tersenarai.., kau doakan aku ye Man..," Umairah cuba menyedapkan hatinya. Sabar Umairah.., yakin pada rezeki Allah.. Puan Izzah dan Cikgu Nasir berpandangan. Umairah menundukkan pandangan.

"Ira.., asal kau cakap macam tu.., kau ni gelabah betul lah." Aiman ketawa kuat. Umairah mencebik. "sampai hati kau Man.."

"Oitt makcik! kau dapat sama U dengan aku lah! hahhahaha..." Umairah tergamam. minda cuba mentafsir. "Sama kau.. aku?" susunan ayatnya sudah berterabur.

"Kau ni.., ye lah.., kau dapat sama U dengan aku. UM!!"