p>
Home | MukaBuku | Jom Twit2 |

Tuesday 13 May 2014

me at SMK Pulau Carey

kayy urmmm smkpc ni pelajar2 dia tdiri daripada student ASLI, MELAYU dan INDIA. minoriti kat sini student melayu..., so bg aku ni satu xperience y sgt xternilai..., yela.., dr aku kecik smpai skolah menengah aku dok blaja ngan orang melayu ja.., nasib dpt PLKN TEMASYA RIMBA TEMPLER (nak jugak sebut nama tempat.., haih! haha) barulah bergaul dengan sume orang.., 1 Malaysia gitu! ahahah.., tp tu pun xlama pun.., xsmpai 3 bulan.., then blaja kat U kembali bersama sepeti zaman sekolah..,

nak citernya kat sini..., aku rasa kasihan sgt2 kt student2 ni.., utk pengetahuan korang.., utk smpai ke sekolah student asli yang tinggal di Kg Judah, Kg Bumbun, Kg Kurau dan beberapa buah lg kampung yang aku xberapa ingat sgt.., mereka terpaksa bangun pagi lebih kurang pukul 4 dan bergerak ke sekolah lebih kurang pukul 5/5.30 pagi..., woyoyo.., time tu aku sedang dok tiduq lgi..., huuu..., mereka terpaksa mengharungi perjalanan ke sekolah selama hampir 1 jam dengan menaiki LORI, TRAK dan juga motor. apa yang aku tahu mereka y naik lori/trak ni terpaksa gerak awal kerana mereka akan singgah di beberapa sekolah rendah di kampung2 tersebut utk hantar murid SK. kadang kalau kenderaan mereka rosak.., xdela mereka pergi ke sekolah.., bukan sorg dua tu.., mungkin dlm 10 orang sekaligus..., dan misal kata klo mereka terbangun lambat..., memg xkesekolah la mereka hari itu..., kasihan mereka.., :(

student india dan melayu pun lebih kurang sama jugak..., cuma Kg Melayu xdela sejauh Kg2 tu kott.., kat skolah ni warga2 sekolah stakat ni menghadapi beberapa kekangan prasarana dr segi air dan letrik..., alhamdulillah letrik dah makin okay 2 mggu ni..., sebelum ni.., student f1Me, 3Me n 3Ma, 2Me dan f5 terpaksa belajar dlm kepanasan dan kegelapan(time hujan) kerana ketiadaan letrik.., tp bab air.., mashaallah rasanya dah lama dah benda ni berlaku..., kat situ tiada air yang mengalir dr paip.., y ada pun kat depan toilet pelajar perempuan.., tp tu pun dorg kena angkut air masuk ke tandas..., dan aku juga begitu.., toilet cikgu ada auntie y tolong angkatkan dr air tadahan.., tp air tadahan tu diragui sedikit la.., sebab ia terdedah,,, huhu dan kdg2 nmpk berbuih..., bak kata doktor kawan sy.., air tu byk kuman..., wala2..., sedaya upaya aku menahan dr mengunjungi tandas.., tp apakan daya..., hahaha.., kena batu karang nt aku gak yang susah... an3???

apa yang aku nampak student kat sini kurang perasaan rajin.., dan tidak bersemangat..., ada yang rajin datang ke sekolah ada yang tak...., bila tanya npe xdtg..., jawabnya malas..., kadang ada kata mak ayah kata tak payah datang sekolah..., kadang ada yang kata ikut ayah turun laut..., dan bila ku tanyakan soalan 'nak masuk universiti x????' 40% nak dan 60% lagi ada yang menjawab 'nt xd sape nk tolong jge adik' 'masuk u banyak guna duit' 'sy nk keja jd pomen cikgu' 'malas cikgu' hurmmm..., harus bagaimana ini???

so far dari segi teknologi orang asli kini makin maju dan terbuka.., cuma mungkin dr segi pendidikan semua pihak perlu memainkan peranan bagi memberikan galakan serta membantu mereka..

tp jgn pandang sebelah mata tau dengan dorg ni..., rata2nya dorg ni ramai y da gi luar negara au..., (aku ada?! huh! haha) walaupun dr segi pelajaran diorang xberapa..., tp diorang ni sgt berjaya dlm bidang seni tau x..., diorang dah byk merantau jauh dr diri aku.., buat persembahan di tempat orang...,  dan byk lagi.... (aku xingat lorh.., nt klo aku dpt mklumat aku inform naa)

jd aku bersyukur sgt2 sbb diberi peluang ni y mne banyak membuka mata aku tentang kehidupan... byk lagi sebenarnya.., nmun biarlah ia tersimpan semat di hati..., :)

No comments:

Post a Comment