p>
Home | MukaBuku | Jom Twit2 |

Sunday 28 April 2013

gajah ke soulmate aku?!




Bab satu

Alya diam duduk berpeluk tubuh memandang ke luar melalui cermin tingkap kecil di sisinya.  Beberapa orang lelaki dan perempuan yang memakai baju uniform berwarna merah ligat melakukan tugasan masing-masing. Sesekali mereka bergelak ketawa, bergurau. Cuaca yang panas di luar nyata tidak melunturkan semangat mereka untuk mencari rezeki.

            “Ehem..” Alya pantas menoleh pabila mendengar bunyi deheman disebelahnya.
            “Miss.., you nak duduk berkelana kat sini ke?”
            Alya menjeling tajam pemuda disebelahnya. Nak perli-perli pulak.. Pemuda itu hanya ketawa melihat muka Alya yang sudah mencuka. Dia pantas menjauh memberi ruang pada Alya yang sudah berdiri ingin berlalu.
            “Faris.., you ada shift lagi ke lepas ni?” Alya memandang pemuda dihadapannya yang segak berkot hitam sebelum mengalihkan pandangan kepada si empunya suara yang sedang melangkah ke arah Alya dan pemuda yang dipanggil Faris itu. Gadis cantik yang berskirt merah paras lutut itu pantas melemparkan senyuman pada Alya. “Thank you. Have a nice day.” Sapanya.
            Alya hanya tersenyum. Hatinya sempat memuji kecantikan gadis itu. Perghh.., dahlah cantik.., senyuman dia tu lagilah..., sure ramai peminat awek ni. Entah-entah mamat Faris ni pun minat dia jugak. Dia memandang Faris yang kini sedang berhadapan dengan si gadis.
            “Ala.., I baru nak ajak you pergi rumah I this weekend. Parents I ada buat wedding anniversary mereka.”
            “Sorry Nana.., tu lah.., siapa suruh you tak invite I awal-awal.., kalau tak sure I boleh ambil cuti dan pergi rumah you.”
            Ohh Nana nama awek ni. Bisik hati Alya yang dari tadi berdiri memasang telinga. Eh., bukan sengaja eh dia memasang telinga. Siapa suruh dia orang menghalang laluan perjalananku. Tak kan nak turun guna tingkap kot? Alahai mereka berdua ni.., kalau ye pun nak buat aksi pujuk memujuk bagi lah aku jalan dulu. Haddooiii.. tiba-tiba hati Alya terasa rimas melihat pasangan di hadapannya ni. Ahh ni tak boleh jadi ni.., aku dah lapar dah ni. Takkan nak tunggu mereka berdua selesai aktiviti tawar-menawar kot baru aku nak keluar. Mahu aku pengsan karang!
            “Excuse me.” Celah Alya.
            Faris dan Nana serentak menoleh memandang Alya.
            “Err.., perut saya dah berkeroncong ni. Saya nak lalu boleh?”
            “Ohh sorry.., kami tak perasan. You lah ni Faris. Kesian this girl.” Nana masih lagi dengan senyumannya.
            Faris ketawa kuat. “Aik, I pulak yang salah. You yang bercakap tak henti-henti.” Faris memandang Alya yang betul-betul berada di antara dia dan Nana. “Tulah.., lain kali you makan calcium banyak-banyak sikit ye miss. Kalau tak kesian nanti orang tak nampak pulak.”
            “Faris! Jahatlah you ni!” Nana menepuk lembut lengan Faris. “Err sorry ye miss. Dia ni memang gila-gila sikit.” Ujar Nana memohon maaf. Apa-apa pun etika bekerja perlu dijaga. Buatnya gadis ni mengadu pada pihak atasan.., tak ke naya.
            Alya hanya tersengih memandang kedua-duanya. Malas mahu menjawab walaupun hatinya berasa geram dengan perlian Faris padanya.  Dia membetulkan letak duduk beg di bahunya. Dia berjalan selamba melintasi mereka berdua. Matanya sempat mengerling tag nama yang terlekat kemas di sudut kiri baju Nana. NORDAYANA.  Ohh tu nama penuhnya. Saat kakinya hampir mencecah anak tangga terakhir tiba-tiba dia teringat sesuatu!
*************************
            Bersusah payah dia mengangkat beg bagasinya yang sederhana besar dan diletakkan bersebelahan dengan satu lagi bagasinya yang berwarna biru tetapi bersaiz lebih besar. Haddoii.., banyaknya beg aku! Satu keluhan terlepas. Mahu lenguh badan aku bawak beg ni semua. Ish ish ish. Dengan bagasi yang besar di tangan kanan dia menarik kedua-dua bagasi miliknya beralih ke sudut tepi memberi ruang laluan kepada yang lain. Poket seluar slack di seluk mengambil talifon bimbitnya. Leka menaip sehingga tidak sedar tingkahnya ralit diperhatikan oleh seseorang.
            “Oh mak Alya dah sampai! Lapar nak pengsan! ” Alya melatah terkejut apabila belakangnya yang memikul beg sekolah ditepuk kuat. Mukanya sudah terasa panas. Ya Allah!! Malunya aku semua orang pandang. Alya menekup mukanya dengan kedua tapak tangan. Mahu saja dia mengurung dirinya didalam bagasi birunya itu. Dia mencuri  lihat melalui celah-celah jarinya. Hampir kesemua orang yang berada di ruang itu memusatkan pandangan ke arahnya dengan senyuman dan ada juga yang tertawa. Mak.., malunya Alya..!!
            “Eh, Alya jangan pengsan dulu nak.., mak tak larat nak angkat Alya nanti.”
            Alya pantas menoleh mencari empunya suara dibelakangnya yang dari tadi tidak henti-henti mengetawakannya. Dah tu berani pulak loyar buruk ngan aku! Alya menjengilkan matanya bulat. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.
            “Alya nak makan apa nak?” sekali lagi pecah ketawa yang membingitkan pendengaran Alya.
            “Kau apasal?! Gila?!” marah Alya. Nafas Alya turun naik menahan sabar. Telefon bimbit di tangannya digenggam kuat apabila terasa kata-katanya tadi tidak membawa apa-apa makna malah makin kuat pula tawa itu dipendengarannya. Alya perasan orang disekeliling yang lalu lalang memandangnya.
            Dia mendengus kuat lalu berpaling mengambil bagasinya dan dengan bersusah payah dia menarik menuju ke pintu balai ketibaan. Langkahnya terhenti apabila terasa begnya berat tidak bergerak. Dengan kerutan Alya berpaling ke kanan. Dia merenung tajam ke arah satu susuk tubuh yang tersengih-sengih memandangnya. Patutlah berat!
            “Woi bangunlah! Yang kau duduk atas beg aku kenapa?!” marah Alya dengan suara yang agak kuat. Dia tidak peduli dengan orang yang sibuk tertawa memandangnya. Ahh orang bukan ketawakan aku.., tapi ni ha.., anak gajah ni!!
            “Tak nak. Aku  nak duduk sini jugak. Aku tengah penat ni. Kau tariklah aku ye..  Aku nak rehat. Hihihi. Thank you!”
            “Banyak cantik muka kau. Eee bangunlah!! Dah lah berat macam anak gajah. Kau jangan nak mengada-ngada boleh tak?! Kat luar tu banyak kerusi. Kau nak baring ke nak apa ke, terserah pada kau. Sekarang ni kau bangun dari beg aku!!”
“Hahaha.., sampai hati awak cakap saya macam anak gajah. Kalau saya anak gajah awak mesti mak gajah kan?? Mak gajah.., anak gajah nak rehat kat sini ye mak gajah.???” Sengaja dia mengecikkan suara seperti kanak-kanak. Siap dengan pakej muka comel pulak tu.  Ketawa lagi! Argghh sakitnya hati! Dia kata aku mak gajah?!  Sesedap rasa betul lah mamat ni!!
“Eee bangunlah Faris!” pinta Alya sekali lagi. Dia berura-ura mengangkat bagasinya lebih tinggi namun ternyata anak gajah ini memang berat!
Dia buat dono je?! Tak boleh jadi ni!! Mata Alya lingkas mencari kelibat polis yang selalunya berada di pintu balai ketibaan. Yes! Ada pun. Alya berkerut melihat dua orang polis muda yang kelihatan hensem bergaya itu terangguk-angguk. Amboii marah-marah pun mata kau tu sempat juga ye menilik hensem ke tak. Getus Alya.  Ni yang abang polis ni tersenyum-senyum terangguk-angguk ni kenapa pulak? Pantas Alya berpaling melihat makhluk tuhan yang sedang enak berehat di atas bagasinya. Patutlah!! Sure dialah yang menyebabkan abang polis dua orang tu tak mahu membantu aku. Mentang-mentanglah...
            “Kenapa Alya renung saya macam tu, Alya? Dah jatuh cinta ye dengan saya? Ke Alya nak makan saya ni? Alya dah lapar sangat  eh?”
            Bencinya aku!!!! Alya mengetap bibir.
            “Lapar ye Alya?” tanyanya lagi.
            “Alya.., oh Alya..., awak la...”
            “Shut up!!!”

*************************
            Alya mengeluh perlahan. Laju jemarinya bermain di atas skrin sentuh talifon bimbitnya. Setelah menaip okay mama dia terus menekan butang send dan terus menyimpan ke dalam kocek seluarnya.
            Faris melabuhkan punggung berhadapan dengan Alya yang sedang duduk berpeluk tubuh. Botol air mineral dan secawan air gas pepsi dihulurkan kepada gadis yang masih mencuka. Namun hulurannya tidak bersambut. Alya hanya memandang sepi ke tanpa menghiraukannya. Faris tersenyum.  Dia tahu gadis itu masih menyimpan geram padanya. Botol mineral 150ml itu dengan sengaja dicampakkan betul-betul di atas peha Alya membuatkan gadis itu tersentak.
            “Kau apasal? Tak boleh bagi betul-betul ke?” marah Alya.
            Faris mencebik. Huh.., dia yang berkhayal lepas tu nak marah-marah orang pulak. Roti coklat Gardenia yang dibeli tadi dikeluarkan dari plastik.
            “Nak tak?” Tanya Faris.
            Alya hanya menjeling sebelum menyandarkan badan ke kerusi. Matanya dipejam rapat. Nafas ditarik perlahan-lahan. Penatnya jiwa dan raga ni!  Faris menjungkit kening. Tadi aku tak tanya dia marah.., bila tanya sikit punya baik dia bagi aku jelingan tajam dia tu?? Alya.., Alya. Faris menggeleng. Tak nak makan sudah, biar aku yang makan.
            Faris dan Alya masing-masing membisu dalam dunia sendiri. Balai ketibaan yang tidak pernah putus dengan manusia sedikit pun tidak mengganggu kedua-duanya. Faris memandang Alya yang masih lagi bersandar dengan kepala yang sedikit terlentok di kerusi. Tersentap juga dia tadi bila Alya menangis dan terus berlari dengan bagasinya yang sederhana besar sementara dia hanya terdiam kaku di atas satu lagi bagasi milik Alya.
            Bayangan Faris tersentak bila tiba-tiba dia terdengar suara halus milik Alya. Alya diihatnya sedang duduk tegak memandangnya dan kemudian terus menatap talifon bimbitnya pabila pandangan mereka beradu.
            “Alya cakap apa tadi?”
            Alya mendongak dan terkebil-kebil memandang Faris yang sudah kegelisahan. Aku berkhayal ke tadi sampai suara Alya boleh terdengar-dengar kat telinga tadi??
“Err.., tak ada apa-apalah Alya.. hihihi.” Faris tersengih-sengih. Dia terus menyuap masuk roti yang sudah tinggal separuh.
“Thanks.” Faris tersedak. Nasib baik roti yang dikunyahnya tidak tersembur keluar. Dia terbatuk-batuk. Alya kelam kabut menghulurkan botol mineral yang sudah dibuka penutupnya. Faris meneguk rakus sehingga dirasakan tekaknya kembali normal.
“Ris., are you okay?” Nana yang kebetulan baru keluar dari balai ketibaan bersama pramugari-pramugari yang lain terus menerpa ke arah rakannya itu setelah dari jauh dia Nampak lelaki itu terbatuk-batuk tidak henti. Jejari runcingnya mengurut lembut belakang Faris.
Faris tersenyum.
“Thanks. I okay. Amboii you., kalau ye pun risau kat I takkan you angkut sekali semuanya melawat I.” Faris mengusik. Hidungnya agak memerah sedikit.
Nana menoleh kebelakang. Suzy, Jue dan Zyra hanya tersengih melihat Faris yang tidak pernah putus idea mengusik mereka. Tidak hairanlah jika semua staff menyenangi pemuda kacak dihadapannya itu.
Faris mengaduh kesakitan menerima pukulan beg tangan Gucci milik Nana di lengan sasanya. Dia mencemik seperti ingin menangis. Bukan sakit pun sebenarnya. Sengaja hendak mengada-mengada mengusik teman-temannya.
“Kami tiba-tiba ternampak you macam dalam kesakitan.., thats why la kita orang datang nak tolong. Bukan apa.., I tak nak nanti tempat ni berhantu pulak kalau tiba-tiba you mati tercekik kat sini.” Ujar Nana membalas sebelum semuanya mengetawakan Faris. Bukan selalu dapat kenakan Faris tau!! Selalu Faris je la kaki buli mengusik mereka.
“You all ni semua dah nak balik la eh?”
“Yela Mr.Faris ooii.., you ingat you sorang je yang habis shift.” Suzy menyampuk.
“Haa.., asal you tak balik lagi ni Faris?” Tanya Nana pelik. Rasanya dah lama Faris berlalu keluar selepas penerbangan terakhir mereka tadi.
“I lapar lah. Tu yang I rest sini kejap sambil makan roti ni. Elok-elok tengah makan menikmati kelazatan roti Gardenia tiba-tiba I terus tersedak then you all pun datang sebagai penyelamat lalu roti I pun tak sempat dihabiskan lalu I pun tak dapatlah balik.” Faris tersengih senang hati, roti di tangan dicubit sedikit dan disuap ke mulut.
“Ishh.., dia ni kan suka jawab panjang-panjang dan meleret entah apa-apa!” marah Nana. Dia bangun berdiri mengemaskan pakaiannya. Dia memandang tiga temannya di belakang. “Ris.., we all gerak dulu lah. Badan I dah penat dah ni. You tu makan elok-elok sikit. Karang tercekik lagi I tak tahu. Penyelamat-penyelamat you ni dah nak balik dah ni.” Nana ketawa kecil. Masing-masing meminta diri dan Nana sempat menangkap wajah Alya yang hanya selamba menunduk memandang talifon bimbitnya. 

Bab dua
“Alya ni.., nasib baik saya tak mati tercekik tau. Kalau tak tunggulah nasib awak nanti bila saya jadi hantu. Saya cekik awak semula, padan muka.”
Berkerut Alya memandang Faris di hadapannya.
“Entah apa-apa entah kau ni lah. Aku cakap thanks pun kau nak terkejut macam nampak pontianak. Leceh betullah kau ni.”
“Amboii ayat kau.., Alya. Sungguh berbunga-bunga.” Faris tertawa. Dia mengambil plastic merah di sebelahnya lalu diberi pada Alya.
“Ambil roti ni. Makan sikit buat alas perut tu. Hahaha.., kau dengar ayat aku tu.., alas perut gitu. Bukan kaki dengan meja je tau yang perlu ada alas., perut pun kena ada juga tau.”
Alya hanya diam. Perut yang berkeroncong memaksa dia menerima juga huluran Faris.
“Thanks.”
Faris mengangguk. “Aku bukan apa.., takut kau pengsan je kat sini kang kalau aku tak bagi makan.., susah pulak aku nak angkat kau. Bukannya ringan kau tu. Harap rendah je.., tapi badan.., kus semangat.., mak gajah la katakan kan?” sengaja Faris menyebut perkataan ‘mak gajah’ itu dengan nada yang agak perlahan.
“Woi.., berangan ke??” panggil Faris. Diam je Alya ni.., penat-penat aku kutuk dia, dia boleh buat muka selamba je? “Wei.., dengar tak apa aku cakap ni?”
Alya  mendengus kuat. Kedua-dua tangannya dimasukkan melalui tali beg berwarna kuning berjenama BillaBong.
“Apa-apa je la anak gajah.” Alya sempat menoleh Faris yang terpinga-pinga. “Aku balik dulu. Assalamualaikum.” Usai itu, dia bingkas bangun dan menarik bagasinya berlalu meninggalkan Faris.

*************************
Sendirian lagi. Jam di dinding dikerling.  Bosannya!! Bantal peluk ditarik dekat ke dada. Dipejam matanya rapat, cuba mendodoikan diri. Sudah seminggu dia di rumah setelah hampir 3 tahun bermaustatin di Sabah. Ikutkan hati memang tak mahu lagi dijejakkan kakinya ke rumah teres dua tingkat ini. Namun desakan mamanya yang setiap hari menalifon ditambah pula dengan pujukan Mak Busu membuat dia tidak betah untuk berlama-lama di sana, sementelah dia sedar sudah lama dia mengabaikan tanggungjawabnya di sini.
Tapi..,  serius bosan tahap gaban dirinya di sini. Rutin hariannya sepanjang tujuh hari ini dari awal dia celik mata hinggalah ke saat dia terlena semuanya sama. Bangun pagi buat sarapan, mandikan adik-adik dan kemudian menghantar mereka bertiga ke sekolah. Dalam pukul lapan sesampai saja ke rumah sebesen pakaian sudah menantinya di dalam bilik air.
Lebih kurang pukul 10, terpaksa pula dia turun naik tangga mengemaskan rumah yang sederhana besar itu. Walaupun tidaklah sebesar mana.., tapi cukup membuatkan badannya yang agak gempal itu melancun-lancun dengan peluh. Adik-adiknya yang tiga orang itu sungguhlah nakal! Puas diingatkan untuk kembali menyusun segala permainan namun langsung tidak diendahkan. Kertas-kertas bercarik bersepah disana sini. Tanah liat melekat-lekat di lantai. Robot-robot transformers bersepah-sepah. Kusyen-kusyen terdampar dengan zip yang terbuka. Warna pensil terselit di bawah almari, permaidani dan sofa. Huh! Rasa macam sia-sia saja mengemas!
Hampir pukul dua belas barulah dia dapat merehatkan diri. Itupun di dapur! Yelah kan.., setakat memasak, apa yang susahnya. The best things that i love the most. Hohoho. Main hentam sahaja English aku ni! Bak kata pakcik dalam cerita pendekar bujang lapok – hentam sajalah! Hurmm.., tapi nak masak tu pun sebenarnya payah juga.., mana taknya..,  aku tak boleh sesuka hati memasak ikut sedap rasa.., ada pulak peraturannya! Aisehh leceh betul la. Dia mengeluh panjang.
Bunyi lagu Bosan nyanyian Stacy tiba-tiba menyentap pendengarannya yang sedang enak berguling-guling. Dengan malas tangan diraba-raba kebelakang mencapai sesuatu yang berukuran kotak pensil yang bergegar-gegar tanpa henti.
“Assalamualaikum Alya.” Berkerut sedikit dahinya. Siapa pula ni?
“Waalaikumussalam.”
“Alya kat rumah ke ni?”
“Ha? Ha’ah.” Jawab Alya pendek.
“Ohh semua ada ke?”
“Tak. Saya seorang je kat sini. Mama kerja. Adik-adik ada kelas ganti.”
“Ohh okay. Kita orang on the way ni. Kejap lagi kita orang sampaila. Saja call nak pastikan ada orang kat rumah.” Alya menggaru kepala. Kita orang? Siapa? Mail, Jaja dengan Latip ke? Tapi ni bukan nombor Mail. Nombor Latip ke ni? Ye la kott.., sebab nombor Latip hari tu kan aku da terdelete masa gaduh dengan dia.
“Alya? Boleh tak ni?”
“Eh., eh.., boleh. Silakanlah.” Tapi.., suara ni macam bukan suara Latip. Suara Latip garau macam harimau. Yang ni...lembut sikit dari harimau..,  eisshhh!
“Haa nanti dah nak sampai kita orang call lagi ye. Dekat supermarket ni. Nak beli buah tangan sikit. Okaylah.., assalam....”
“Eh jap., jap! Jangan letak dulu.”
“Kenapa Alya?”
“Err saya nak tanya sikitla. Sebenarnya awak ni siapa dan err.. kita orang tu siapa?” haa terlepas juga persoalan yang dikurung-kurung sendiri sedari tadi.
“Ha’alah.., dari tadi dok cakap panjang lebar rupa-rupanya Alya tak tau ni siapa? Haha.., Alya.., Alya.. Ni abang cik lah.”
 Abang Cik?!!
*************************
            Dulang merah yang telah kosong  diletakkan di bawah meja kopi. Dua gelas kosong dihadapannya dituang air ribena yang sejuk dengan ketulan-ketulan ais.
            “Minum Moksu.” Dihulurkan gelas itu kepada Mak Busu dan satu lagi diletakkan di atas meja bertentangan dengannya. Alya kemudian duduk bersimpuh di sebelah Mak Busu. Pisau di tangan Mak Busu berganti tangan. Beberapa biji buah epal telah siap Mak Busu kupas kulitnya.  Alya ambil baki yang selebihnya dan dikupas satu persatu sebelum dipotong.
            “Manis tak buah tu?”
            Alya mendongak. Dia mengangkat bahu.
            “Tak tahulah Moksu. Adik tak rasa lagi.” Beberapa biji buah yang sudah siap dikupas dipotong laju kedalam pinggan dan diletak di atas meja.
            “Cuba Moksu rasa.” Suruh Alya. Mak Busu mencapai sepotong. Terdengar lafaz basmalah disebut. Alya hanya memerhati menanti reaksi Mak Busunya. 
            “Ermm okay la ni. Tak ada lah manis sangat. Sedang elok la ni.” Mak Busu terangguk-angguk sedikit.  “Nah, rasalah.” Buah epal yang sudah separuh digigit disuakan pada Alya.
            “Haah.., sedap!” Alya tiba-tiba bangun dan berlari anak ke dapur.
“Kejap eh Moksu!” laungnya kuat. Bunyi pintu kabinet ditutup dengan kuat bersilang dengan satu bunyi ketukan batu. Dia kemudiannya muncul tersengih dengan sebuah mangkuk sederhana kecil di tangan.
“Apa tu dik?”
“Haa ni namanya sambal sweet sour Moksu! Hahaha.” Alya duduk bersila di penjuru meja kopi, masih di sebelah Mak Busu namun ditempat yang berlawanan dari tadi. Kini dia berada di tengah-tengah antara Mak Busu dan anak kesayangannya, Nazri.
Nazri yang sejak melangkah masuk ke rumah teres dua tingkat itu diam membisu menonton tv menjenguk kepala mengintai mangkuk kecil disebelah pinggan epal yang sudah togel tanpa baju. Sedikit belacan dan gula serta beberapa batang cili api hijau dan merah yang sudah hancur. Ehh tu yang halus-halus tu apa? Ohh garam lah tu agaknya.
“Apa ni dik?” soalnya. Duduknya di sofa sudah didekatkan sedikit merapati Alya di bawah.
Alya menjeling tajam Nazri yang agak membongkok sedikit menghadapnya. Sambil itu sambal sweet sour nya digaul dan ditekan-tekan  dengan sudu sehingga semuanya menjadi lumat sebati.
            “Ohh ada lagi anak Moksu ni kat sini eh. Ingat dah kena sedut masuk tv tu sekali main sep sep tom tom dengan anak singa tu.” Perli Alya mengundang tawa Mak Busu.
            Spontan Nazri mencapai remote Astro di sebelahnya dan... Papp!! Dia memukul kuat lengan Alya yang berbalut baju kurung kuning keemasan . Padan muka. Getus hatinya apabila Alya menjerit kesakitan.
            “Sakit lah budak!” Alya bingkas berpusing kebelakang dan merenung marah Nazri yang selamba memandangnya.
            “Nasiblah!”  Nazri sudah menjelir lidah.
            “Eeee tak ada perasaan betul la dia ni. Dah lah menyakitkan tubuh orang.., lepas tu menyakitkan hati dan perasaan orang pulak tu! Menyampah betul la.” Bebel Alya dengan muncung yang panjang. Matanya masih lagi statik menentang wajah kacak Nazri.
            Terangkat kening Nazri.
            “E’eh.., abang rasa abang cuma pukul kat sini je...” Nazri menunjuk ke lengan Alya. “Tak ada pulak rasanya abang pukul hati adik yang tersorok kat dalam tu. Lagipun lecehlah kalau abang nak pukul hati adik tu.., nak kena keluarkan dari badan adik tu nak guna apa? Pisau yang tumpul tu? Huh?! Berejam-rejam nak menunggunya tau. Takat untuk potong buah epal bolehlah.”
            Alya mendengus marah.
            “Menyampah layan abang ni. Pergilah tengok tv sana!” paha Nazri ditolak sekuat mungkin jauh darinya. Nazri hanya tertawa riang. Sengaja dia mengkakukan badan ingin mengusik Alya yang kelihatan bersungguh-sungguh menolaknya. Tergelak dia apabila Alya mencebik dan berpusing 180 darjah membelakangkannya. Mengalahlah tu.
Huh.., tengok muka Moksu lagi best daripada tengok abang lah. Dapat jugak pahala. Ngomel Alya di dalam hati. Mak Busu cuma diam tersenyum memerhati. Macam budak-budak!  Alya menggolek-golekkan hujung buah epal di dalam sambal sweet sour dan disuapkan ke mulut Mak Busu.
“Moksu.., kacak juga kan abang chik tu! Walaupun dia nampak agak skema dengan rambut belah dua.., baju siap tight-in tapi dengan kaca mata yang dia pakai tu.., perghh!!! Lagi-lagi dengan suara dia yang slow ala-ala romantik gitu. Patutlah kak chik boleh jatuh hati kat dia ek? Kak chik kan suka orang romantik.”
Selamba Alya mengomen abang chik a.k.a Khairil Adam a.k.a  Laili’s husband. Mulutnya leka berborak dengan Mak Busu ~ tidak mengendahkan Nazri dibelakang. Mangkuk sambal terus diangkat dan diletakkan ke lantai saat hujung matanya ternampak tangan sasa seseorang sudah mencapai epal yang putih berseri.
“Auuwwww!!! Sakitlah!!!” Alya mengaduh. Tangannya cepat memegang jemari kasar yang hinggap di rambutnya.
“Moksu!! Tengok abang!!” adu Alya dengan muka yang berkerut menahan kesakitan sambil memukul tangan Nazri yang masih menarik rambutnya. Dia terdongak sedikit kebelakang. Dijengilkan matanya memandang Nazri yang menayangkan wajah selamba.
“Nazri.” Tegur Moksu. Alya menjelir tanda kemenangan. Kalau Moksu dah bersuara sure abang kecut punya. Hihihi. Bibir Alya mulai melakar sedikit senyuman saat dirasakan rambutnya mulai perlahan-lahan dibebaskan. Yes!! Hahaha... eh.. eh..!!
“Abang Ayie!!”
Ketawa Nazri kuat memenuhi ruang tamu rumah dua tingkat itu. Dia tersandar keletihan di sofa. Penatnya ketawa.. Pahanya yang kemerahan dipukul Alya, walaupun perit namun tidak dihiraukan.
“Kejam betul la abang ni! Sanggup tarik rambut orang semata-mata tu je.” Alya sudah berpindah duduk di sofa sebelah Nazri yang masih tidak henti ketawa. Ada ke patut tarik rambut aku sampai aku nyaris-nyaris jatuh kebelakang. Ingatkan masa aku dok yes! yes! tadi tu betul-betullah dia cuak kat Moksu. Rupa-rupanya dia nak pekenakan aku je. Lagi dia sentap rambut aku adalah.., pastu dia sikit punya baik terus bangun menunduk ke depan aku.. nak.. nak.. nak cicah sambal sweet sour aku!! Baik punya abang!
“Hey.., pening mak lah tengok perangai kau orang berdua ni. Asyikklah nak berantam tak sudah-sudah.”   
“Adik ni mak! Ayie tahu dia sengaja je larikan sambal tu tadikan budak?” tangannya sudah melekat di rambut Alya dan ditarik perlahan sehingga Alya tertoleh memandangnya. “Tu tadi tuu.., saja je dia buat gimik lebih, macamlah sakit sangat Ayie tarik rambut dia. Kan adik, kan?” Alya sudah tersengih-sengih. Betullah tu! Bukannya sakit pun.., saja je nak mengada-ngada! Ahaks.
“Astarghfirullahaladzim!!” jeritan di muka pintu membuatkan mereka bertiga berubah riak.

jumpa lagi nanti ek..., :)

No comments:

Post a Comment