p>
Home | MukaBuku | Jom Twit2 |

Tuesday 5 March 2013

istikharah cintaku bg2

BAB 2

baju kurung berwarna biru yang siap digosok disarungkan ke badan. butang baju dikancing. tudung berjahit berwarna putih yang tergantung di almari diambil. elok sahaja tudung terletak dikepala tangannya ligat membetulkan susun lipat tudung, memperkemaskan. Umairah berdiri memandang cermin dinding yang memuatkan pemantulan keseluruhan tubuh badannya. penampilannya ditelek. tudung putih, baju kurung biru dipadankan dengan kain susun kipas berwarna hitam. wow! memang colourful lah. Umairah tersenyum.

"Kakak.., dah siap ke?" Tanya adiknya, Syafi yang tiba-tiba muncul di depan pintu biliknya. "Ayah kata lagi 5 minit kita gerak." Umairah hanya mengangguk memandang adiknya berlalu keluar.

"Okay.., apa lagi yang tak siap eh?" Umairah memandang dari hujung kepalanya hingga ke hujung kakinya. oh ya! stokin! Umairah berlari ke katil mengambil stokin hitamnya yang terselit di dalam beg bajunya. siap! settle sudah. zip beg ditarik. erk! "apa pulak yang tersekat ni?" beg baju dibuka sekali lagi. hujung kertas yang terjulur keluar ditarik. "ohh surat tawaran." dibaca satu persatu butir maklumat diri yang telah lengkap diisi. 

"Haih.., Mairah Mairah.., nak sangat belajar jauh-jauh kan?? mintak Terengganu yang jauh tuu.., tup-tup betul-betul kau dapat jauh.., Kelantan lagi tu.., haih.." sebak terasa hatinya. tak pernah dia berjauhan dari keluarga sejauh ni. dari umur satu hari sampai dah masuk 18 tahun hanya sekali je dia berpisah jauh dari keluarga. itupun sebab dia terpilih untuk menjadi wirawati PLKN TEMASYA RIMBA TEMPLER yang jauhnya hanya dua jam dari rumah kampungnya. bagaimanakah nasibnya di sini....???

###############################################################################

kolej kediaman siswi ~ al-malik khalid


perjalanan dari homestay yang disewa ke Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya Nilam Puri hanya memakan masa selama 20 minit. kereta yang dipandu cikgu nasir meluncur laju masuk ke perkarangan universiti. hati Umairah berdegup kencang. eh.., kenapa tak ramai yang pakai baju biru ni? ke aku salah pakai ni??? hati umairah disapa keraguan..

"anak encik siswa ke siswi?" tanya seorang pengawal keselamatan sebaik sahaja kereta Exora hitam itu ditahan di hadapan pagar. senyuman yang menghiasi bibir pakcik yang mungkin dalam lingkungan 50-an mekar menyinar menyambut kedatangan pelajar-pelajar baru.

"encik parkir kereta kat sana ye." pengawal tadi menunjuk ke arah kanan setelah dimaklumkan jantina Umairah. "tempat daftarnya dekat bangunan besar tu" ujarnya lagi, kali ini arah yang ditunjukkan bersebelahan dengan pondok pengawal. kelihatan beberapa buah kereta turut masuk namun membelok ke arah bertentangan. mungkin itu tempat untuk lelaki kot.

usai mengucapkan terima kasih, cikgu nasir memandu keretanya mencari port yang redup. "Baguslah.., tempat parking pun dia asingkan lelaki dengan perempuan." puji puan izzah. umairah menoleh memandang bangunan di sebelah kiri.., KOLEJ KEDIAMAN NILAM PURI.

"ohh ni lah asrama perempuan yang kita nampak pagi kelmarin tu mak" setelah disahkan dia ditawarkan untuk menyambung pelajaran di AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA NILAM PURI ini.., hampir setiap hari Umairah meminta bantuan pak lebai google untuk mencari maklumat apa sahaja tentang universiti ini. dewan tadi tu mesti dewan Johor.

"ramainya orang mak...," hadif, si bongsu berusia tujuh tahun masih lagi dalam keadaan mamai. dalam cuaca yang mendung berpangkukan peha si ibu tambahan lagi berhadapan dengan aircond yang kuat suhunya pasti enak dibuai mimpi.

"nanti Fit pun nak masuk sini lah. tengok budak-budak lelaki tu semua smart-smart je dengan kopiah kat kepala." Fitri adik kelima Umairah kelihatan begitu teruja dengan penampilan bakal mahasiswa-mahasiswa 2012.

enjin kereta dimatikan. jantung Umairah berdegup tidak senada. macam-macam yang difikirkannya.., berpisah dengan family.., exam bahasa arab esok hari.., dengan kawannya tak ada.., oppss lupe.., aku ada Aiman! tapi.., Aiman ... urmm..

"apa lagi yang dimenungkan tu kakak?" tegur puan izzah apabila melihat anaknya masih termangu sendiri. "adik-adik semua dah turun lah." Umairah tersengih dan tergesa-gesa mengambil segala dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran nanti.

"mana ibu?" tanya puan izzah.

"ibu suruh daftar dulu. abang long berhenti beli makanan kejap." pintu kereta ditutup rapat.

"erm.., jomlah pergi daftar dulu. karang ramai pulak." ajak cikgu nasir. "Aiman dah sampai ke kakak?"

"belum ayah. dia kata dia tengah on the way.."

"erm., tak apalah., kita pergi daftar dulu., kejap lagi sampai lah tu. Syafi.. Irfan.., ni tolong keluarkan dulu barang-barang kakak ni semua. tunggu sini tau. nanti kalau nampak ibu., suruh ibu parking kat sini." puan izzah meninggalkan pesan kepada keenam-enam anaknya sebelum melangkah bersama Umairah dan suaminya ke dewan Johor.

2 comments:

  1. pendek sangat sambunganya.. huhu

    ReplyDelete
  2. mwmg laa tggu la y ke 3 pulak.. ni pn ana curi masa tau... huhu

    ReplyDelete