p>
Home | MukaBuku | Jom Twit2 |

Sunday 3 March 2013

ISTIKHARAH CINTAKU bg 1






serasa lama sungguh ana tak update blog ana ni..,tiba2 pulak malam ni nk update.., (padahal esok exam.., huhuhu...) ok.., ermm ana rasa semua orang mesti tahu kan ni doa apa??? yeah.., doa solat istikharah.., so.., my entry hari ni.., tentang APAKAH ARTINYA ISTIKHARAH ku ini??


Umairah menarik kerusi dari perut meja bulat dan berlabuh di situ. Satu lagi kerusi ditarik keluar lalu segala fail-fail peribadinya diletakkan sebelum kerusi tersebut ditolak masuk kembali. 

"Kenapa tak ditinggalkan je barang-barang tu dekat dalam kereta?" Umairah mendongak memandang ibunya  sebelum tersengih sumbang. "Ah..? Err.., terbawa sekali lah emak.. Mamai sikit.. hihi.." sungguh kepalanya terasa berat sekali. Hari ni hari yang sungguh memenatkan dan menyedihkan.

Puan Izzah hanya menggeleng kepala. Macam-macam betul anak sulungnya ini. Menu yang terdampar di atas meja diambil dan ditelek sementara menunggu suaminya yang berpamitan ke bilik air.

"Mak.."panggil Umairah. "Lepas ni kita singgah cyber cafe dulu eh.."

"Nak buat apa?" Puan Izzah memandang pelik. apa sajalah Umairah ni..

"Hari ni kan result UPU keluar. pukul 12 tadi. ni dah pukul 2.30 petang dah ni. ayah..., singgah cc kejap eh lepas makan ni.." rengek Umairah sebaik sahaja ayahnya melabuhkan punggung.

"Hisy dia ni.., tak menyabar betul. tunggulah kat rumah."

"Ermmmm tak nak..., akak dah excited ni.. kawan-kawan akak ramai dah tahu. Hamizah masuk UPSI, Fadhlin dah dapat tawaran UiTM.., Farah UIA.., bolehlah.., please..." Umairah memaut tangan ayahnya. digoyang-goyang lengan tegap ayahnya. Cikgu Nasir hanya menjelir lidah mengusik anaknya. Umairah mencebik masam . dia menarik dekat kerusinya ingin memujuk ayahnya namun niatnya tertangguh apabila seorang gadis berusia lingkungan 20-an datang bersama pen dan kertas ditangan.

buzz! buzz! tangan kanan Umairah terus menyeluk kocek baju kurungnya. Mode handphone yang disilentkan ketika berada di Institut Perguruan Guru Kampus Bahasa Antarabangsa masih belum ditukar. Aiman. Pantas butang open ditekan.


"Ira.., kau dapat U mana wei?"

jari jemarinya pantas menekan butang QWERTYUIOP Blueberry namun seketika dia memandang ibu dan ayahnya. "ayah dah order akak punya ke?"

"sudah.., nasi goreng patayya ayah orderkan."

"tulah.., leka bersms je.." Umairah tersenyum. namun senyuman ini senyuman yang penuh pengharapan.

"ayah, emak, Aiman tanya akak ni.., akak dapat U mana.. akak minta tolong Aiman checkkan untuk akak ye?" Umairah meminta lembut. Puan Izzah hanya diam sebelum Cikgu Nasir akhirnya membenarkan.

"Man.., tolong checkkan aku punya wei.., nombor ic aku ada dekat kau kan? please ek. aku baru balik dari interview ni.," 

Butang send ditekan dan Umairah menanti dengan penuh debar. nasi goreng yang baru saja sampai disudu perlahan. mana Aiman ni... ishh..., Puan Izzah dan Cikgu Nasir hanya memandang tidak menghiraukan. dah excited sangat lah tu. masing-masing melayan perasaan.

tiba-tiba suasana yang lengang menjadi gamat dengan munculnya suara artis korea 2pm. AIMAN! mata Umairah membulat memandang talifon bimbitnya yang sedang leka menari di atas meja makan. sudu ditangan dilepaskan dan pantas dia menekan butang hijau.

"Waalaikumussalam Man... wei macam mana wei? aku dapat mana?" pantas Umairah tidak memberi kesempatan kepada temannya untuk membuka mukaddimah dengan lebih panjang.

"cuba teka?" sengaja Aiman mengajaknya bermain teka teki. semakin berdebar jantung Umairah dirasakan.,

"alah kau ni..., otak blank ni..., eh kejap2.., kau dapat mana?"

"UM." whoaa!!! UM beb.., Aiman dapat UM..., aku?? dapat ke aku masuk U ni?? Kalau aku tak dapat masuk U..,  aku tak rasa maktab tadi aku boleh dapat.., jadi maksudnya aku tak kan...??!! ahhh no! no! no! ini tak boleh jadi ni!

"Aiman.., aku dapat mana wei???" rengek Umairah. 

"Kau.. tak.. dapat.. " 

"Ha?! yeke?!" serasa punah masa depannya tatkala mendengar khabar berita dari temannya itu. pandangan Puan Izzah dan Cikgu Nasir tidak dihiraukan. hatinya benar-benar kecewa. Umairah bangun menuju ke kaki lima restoran cuba menyembunyikan raut wajahnya dari pandangan ibu dan ayahnya. talifon bimbitnya masih dilekapkan di telinga.

"Wei.., Ira.., Ira.., rileks lah.., cool lah dulu.."

"Aku sedih lah Aiman.., aku sorang je yang tak dapat masuk.., kau pun tahu kan aku nak sangat sambung belajar.. maktab tadi tu time interview aku dah tau dah aku gerenti tak dapat masuk.., maktab pun satu., bagi kat aku course bahasa inggeris buat apa.., bagilah matematik.., eee !!! ni universiti pun aku tak dapat masuk jugak.., sedih tau tak.." luah Umairah. Aiman hanya mendengar tanpa menyampuk. masing-masing diam melayan fikiran. Umairah masuk kembali mendapatkan ibu dan ayahnya. sengaja diceriakan wajahnya. nasi yang masih berbaki di pinggan  dipandang namun tidak lagi menarik minat Umairah. perutnya kini terasa sebu. 

"Tak apa lah Man.., mungkin bukan rezeki aku kot.., mungkin panggilan kedua ni ade lah nama aku tersenarai.., kau doakan aku ye Man..," Umairah cuba menyedapkan hatinya. Sabar Umairah.., yakin pada rezeki Allah.. Puan Izzah dan Cikgu Nasir berpandangan. Umairah menundukkan pandangan.

"Ira.., asal kau cakap macam tu.., kau ni gelabah betul lah." Aiman ketawa kuat. Umairah mencebik. "sampai hati kau Man.."

"Oitt makcik! kau dapat sama U dengan aku lah! hahhahaha..." Umairah tergamam. minda cuba mentafsir. "Sama kau.. aku?" susunan ayatnya sudah berterabur.

"Kau ni.., ye lah.., kau dapat sama U dengan aku. UM!!"








No comments:

Post a Comment