p>
Home | MukaBuku | Jom Twit2 |

Tuesday 17 December 2013

minggu yang melelahkan..

minggu yang membuatkan aku agak tertekan!! seriously sangat2 tertekan sehingga segala bacaan tekanan darah aku dan yang sewaktu dengannya semuanya NAIK. En. Doc pun bertanya.., banyak sangat buat kerja ke?? tak cukup tidur ya?? tertekan ye?? dan aku hanya mampu mengiyakan dua perkara sahaja daripada 3 soalan dihadapan En. Doc yang ramah tamah tu.

ya. seminggu minggu bahasa berjalan.., aku menjadi ajk makanan. ingat senang ke jadi kd makanan ni?? mungkin orang pikir just calling2.., tempah2.., then serve.., mula2 tu aku pun pikir cenggitu jugak.. segalanya berjalan dgn lancar pada awalnya.., tp masuk hari kedua!!! tetibe orang y kami dok tempah tu kata dia tak boleh nk buat.., LAST MINIT weii dia cakap.., mane xkelam-kabut nye... tpaksalah aku dgn sahabat aku yg juga menjadi ajk makanan gi dok ulang-alik keluar tempah makanan utk sepanjang program tu.., makanan settle.., tapi prob pulak dekat barang utk serve.., dgn pinggan nye xcukup.., xde senduk y cntik.., xde set pinggan n cawan y cukup..., okayy bagi aku ni satu kekurangan yang mgkin boleh diperbaiki oleh kolej aku.., pinjam dekat kantin?? masha-Allah!! panas jugak la muka ni bila mendengar alasan2 mereka.. bila kantin k.o, kelengkapan kolej pun k.o, akhirnya utk stu makan malam ni.., aku terpaksa menebalkan muka.., pergi ke kedai makan.., pinjam cawan air yang ala2 restoran tu!!! tu baru sikit..., nak cerita kat sini xboleh agaknya.., biarlah aku dan HANIS SAKINAH saje yang mengetahui kesakitan lain yang kami lalui sepanjang mggu ni...,

dalam minggu yang sama.., assigment berlambak.., internet problem menyebabkan kami perlu menunggu jarum jam bergerak menuju angka dua pagi baru lah line internet okay..., dan kesudahannya jarum jam beranjak ke nombor 4 baru lah kami mampu melelapkan mata.., hampir seminggu kami begini...,

ditambah lagi dengan personal problem.., yang datang pada aku berturut-turut.., cukup membuatkan ketiga2 andaian EN.Doc itu 100% tepat!!

sungguh!! aku sangat lemah untuk minggu ni!! sangat2 lemah.. :-(

Thursday 14 November 2013

istikharah bukan cinta

بسم الله الرحمن الرحيم



Dulu solat yang paling aku geruni ni lah : ISTIKHARAH. klo orang ngadu kat aku masalah mereka yg terpaksa mbuat pilihan.., memg aku sarankan utk mereka buat solat ni.., tapi aku sendiri jarang buat solat ni.., cuma baru2 ni je aku telah memberanikan diri utk melakukannya... :) atas sebab ape biarlah rahsia.. but FYI ni bukan solat fardhu.., tapi solat sunat je..

Biasanya solat istikharah ni dilakukan apabila seseorang itu ingin melakukan sesuatu perkara tetapi dia tidak pasti apakah perbuatan atau tindakannya itu membawa kebaikan ataupun tidak kepada dirinya.

okay.., biasanya orang selalu anggap solat ni untuk tentukan jodoh.. nak pilih mana yang terbaik..., uppss salah sudah di situ.., bahkan dalam satu blog yg aku baca wikipedia :

 Dalam sebuah hadis daripada Jabir bin Abdullah berkata, Rasulullah s.a.w. pernah mengajar kami cara untuk meminta petunjuk Allah Taala dalam beberapa urusan yang penting. Baginda bersabda, Apabila salah seorang di antara kamu menghendaki pekerjaan, maka hendaklah ia solat dua rakaat, kemudian ia berdoa: Ya Allah, sesungguhnya aku minta petunjuk yang baik dengan pengetahuan-Mu, dan aku minta diberi kekuatan dengan kekuatan-Mu. Aku minta kemurahan-Mu yang luas, kerana sesungguhnya Engkau yang Maha Kuasa sedang aku tiada berkuasa. Engkau mengetahui sedang aku tidak tahu, dan Engkau Maha Mengetahui yang ghaib.

see..?? Solat istikharah hanya boleh dilaksanakan apabila berhadapan dengan urusan-urusan yang harus sahaja, baik ianya isu yang besar ataupun kecil, perkara yang penting ataupun tidak.  Contohnya membuat keputusan perkahwinan, perniagaan, untuk keluar bermusafir dan sebagainya.  Bagi urusan-urusan yang diwajibkan atau disunatkan Syarak, tidak perlu lagi istikharah.  Setiap yang disuruh oleh Syarak adalah jelas baik tanpa syak lagi.  Begitu juga dengan urusan-urusan yang diharamkan oleh Syarak atau dimakruhkan, tidak perlu lagi  diistikharahkan kerana ia dilarang oleh Syarak.  Setiap yang dilarang oleh Syarak adalah buruk tanpa syak lagi. 

 err guano caro nok solat istikharah ni Fathi ooiii??? haa kayy.., ni kat bawah ni.., hgpa baca la.. ni pun aku copysusu dari blog Shafiqolbu..

a.  Lafaz niatnya:
Daku solat sunat Istikharah dua rakaat kerana Allah Taala.

                                              b.  Antara surah yang dianjurkan ulama ialah:

Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun (1 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (1 kali).
Atau;
Rakaat pertama, bacalah ayat Al-Kursi (7 kali).
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas (11 kali).
                                    c.  Dalam sujud akhir, baca tasbih berikut sebanyak 40 kali:
Maha Suci Dikau yang tiada ilmu bagi kami kecuali apa yang Dikau ajarkan (tunjukkan) kepada kami. Sesungguhnya Dikau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana!

            d.  Sebelum bangkit dari sujud, mohonlah kepada Allah SWT. dipertunjukkan jalan yang betul dalam membuat keputusan dan pilihan.
            e.  Selesai memberi salam, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW., para sahabat Baginda, para wali Allah dan seluruh umat Islam.
                                           f.   Membaca doa solat sunat Istikharah:



g.  Ulangilah doa tersebut sebanyak 3 kali. Dalam berdoa sebaik-baiknya sebutkan permintaan yang ingin diberikan petunjuk oleh Allah SWT. misalnya: “Ya Allah! Jika Dikau mengetahui urusan ini..….. (sebutkan perkaranya).” 
h.  Serahkanlah sepenuh keyakinan kepada Allah SWT. sambil bermohon kepada-Nya agar diberikan petunjuk, sama ada didatangkan melalui mimpi, gerak hati atau dengan dipermudahkan urusan yang mana baik. Tidurlah dalam keadaan berwuduk dan berpakaian bersih.
i.  Lakukan solat Istikharah 3 atau 7 hari berturut-turut, mengikut kepentingannya. Insya-Allah akan diberi kecenderungan atau digerakkan hati untuk membuat sesuatu keputusan atau pilihan yang betul.

-----------------------------
 
#  Tidaklah termasuk dalam syarat solat istikharah bahawa  seseorang itu akan mendapat mimpi tentang pilihan terbaik.  Adapun tanda-tanda atau petunjuk dari Allah selepas istikharah ialah apa yang dirasakan oleh hati. Orang yang beristikharah itu hendaklah melakukan atau memilih apa yang hatinya berasa senang dan yakin untuk melakukannya.
#  Suatu perkara yang perlu diingat ialah ketika melakukan istikharah, hati hendaklah ikhlas kepada Allah.  Jangan melakukan istikharah dalam keadaan hati cenderung pada mana-mana keputusan, kerana itu tandanya hati kita tidak ikhlas dalam beristikharah kepada Allah.  Jangan berpegang dengan ketenangan hati yang terbit dari kehendak hawa nafsunya sebelum istikharah.  Maknanya orang yang melakukan istikharah hendaklah ia meninggalkan pilihan sendiri sebelum istikharah, kerana kalau demikian bukanlah beristikharah kepada Allah namanya, tetapi beristikharah kepada nafsu sendiri.

WAKTUNYA

1.  Solat Istikharah boleh dilakukan pada bila-bila masa yang dikehendaki asalkan bukan di dalam waktu-waktu yang dilarang solat sunat.
2.  Sangat baik dilakukan sesudah lewat tengah malam disaat sunyi, supaya hati lebih khusuk dalam mengemukakan permohonan kepada Allah.
3.  Solat ini sangat peribadi sifatnya.  Sebab itu harus dikerjakan sendirian.
4.  Solat ini tidak memakai azan atau iqamah.                                                     credit to : sallihhassan 
##################################

semoga aku bertemu jawapannya :)

Tuesday 5 November 2013

impian : kahwin -salah ke??-

Orang muda minta kahwin, orang ramai kata gatal Tapi kalau yang berkapel pegang tangan, naik satu motor dengan awek yang memang dah terang-terang berdosa tak de pulak yang nak tegur, tak de pula yang kata gatal. Dunia sekarang. Orang yang buat dosa nampak mulia. Orang yang nak buat pahala nampak hina.
 
statement ni aku jumpa dekat group aku..., and betul gak apa yg dia cakap tu..., memang itu yang berlaku di dunia realiti..., bukan nak kata apa la kan.., tengok je parents sekarang.., rata2nya bila anak mereka minx kawin.., jawapan dorg "jangan ngengade.., blajar pun xhabis lagi..." "tggu habis belajar" dan ada juga yg kata "tggu da kerja dulu"
 
biasanya parents dia takut pelajaran anak dia terganggu...,  takut nanti anak tu tak pandai uruskan masa utk belajar, untuk suami.., tambah lagi klo dah ada anak nt.., btambah bz la kan??? urmm betul.., tu tihah stuju.., tapi kan.., bg tihah.., parents2 tu kena la tgok situasi anak tu.., klo anak tu salu kuar dating..., tanpa mahram.., berdua2an..,, berpegangan tangan.., dan sebagainya.., tidakkah lebih baik klo mereka benarkan?? okayy klo xnk cuba nasihatkan.., klo dgn nasihat xjalan.., agakk2 sanggup ke nk biarkan anak tu macam tu.., bg tihah lebih baik izinkan.., tu pandangan tihah la...,
 
xnafikan tiha pun skang ni rasa macam nak kwin je.., hahahaha.. :D ngenyam nye hg tihah ooi!!  hahaha.., xsalah kan klo org ade impian mcm tu.., :P dapat pahala kott klo kawin..., :D tapi kan.., mcm tihah kan.., tihah nk kwin bukan sebab dotdotdot tu eh..., klo bleh nt bile da kwin nt tihah nk dok umah parents tiha.., suami dok tempat lain..., boleh x cggitu?? hahaha... takut la nk bpisah ngn mak ayah.., :'(  lgipun sebb tihah nk kwin ni., sebb boleh ler nk mnje2 ngn zauji.., boleh ngusik2.., boleh ngajuk2.., boleh cll tgh2 malam.., boleh mesej 24 jam..., boleh cerita segala macam cerita kat zauji.., mgadu tu ini.., ye la kan.., dah halal an?? bukn bdosa pun.., :D i can do it everything u know.., kuikuikui... :D
 
tapi tu la.., jodoh belum sampai lagi.., kena la tggu..., smbil tu boleh la baiki diri sikit2 an..., klo dpt bcnta lepas kwin lgi best la kan..??  hahaha.., hai mr.zauj-to-be.., kita dok asing eh!! hahaha..
 
  ...................................................................................................................
 psttt : klo boleh nk dpat y memahami mcam EE baik.., caring..,  hahhaha. :D jgn kembang deh pkcik!! :P
<kan best klo dpt suami yg setiap malam sebelum tdur dia akan bacakan kisah2 nabi> 

Monday 4 November 2013

MAJMUAH 5 : bukan dia tapi aku (Siri Akhir)

 aku terpikir tentang banyak perkara.., (melankolik sungguh diri ini!!) antaranya.. : 

  • walaupun kami kadang2 geram ngan ikhwa (dulu2 wktu sem1&2 je) tapi sebenarnya kami sayang kat mereka... (as friends only kayy!!) namun adakah mereka juga punya rasa yang sama??
  • kalau  mereka kena tegur/marah ngn pensyarah.., kami yang rasa nak minta maaf utk mereka.., umpama cubit pipi kanan, pipi kiri pun terasa jugak.., (citt peribahasa!! failed!!) dan aku tertanya adakah mereka sanggup nak buat begitu utk kami akhowat???
  • akhowat (aku lah tu) kelas kami xberapa nak mesra dan rapat sgt dgn ikhwa majmuah lain.., klo btgur sape tu ade la.., tpi xlah rapat mcm akhowat2 lain.., jadi kami punye rasa kebergantungan tu lebih kepada ikhwa kami..
  • aku (dan mungkin sahabat2 akhowat sekali) rasa bangga dan bersyukur yang amat sangat dipertemukan dengan ikhwa m5 ni.., tapi..., adakah ikhwa kami merasakan sebegitu juga?? 
  • adakah mereka akan lupa kat kami bila di UMKL nanti..?? (lagi2 course pndidikan cume ku dan arimi je..,)
  • adakah mereka akan sudi menawarkan pertolongan buat kami akhowatnya nt di UMKL?? 
dan sebenarnye banyak lagi persoalan yang aku tertanya2.., cume bile dah tulis ni.., urm.., blank sudah.., hahahha..., perasaan sayang kat majmuah ni amatlah tinggi.., sayu sgt bila pikirkan baki2 waktu yg tinggal.., (ahaha.., suka sangat berfikir benda2 macam ni kan tihah oiii!!!)

hahaha.., penah dengar lagu "judika - bukan dia tapi aku" tak?? kalau xpernah dengar search utube.., sure ade.., kalau yag penah dgr lagu ni tapi lupa rentak dia boleh gak dengar semula kat utube.., ataupun.., ha!!! aku ade suggestion!!! klo da bosan dgr lagu nyanyian judika.., hgpa suma boleh buka utube tapi bukak lagu ni nyanyian daripada pakwe gue ALIF RIZQ .., (tekan je name yg aku da bold kan ni...) haaa lagu tu aku khaskan utk M5 cume lirik ikut lirik yg aku bg kat bawah ni deh.. :D
sila klik pada gambar klo xnampak :D

..............................................................................................................................

time ni si alip tu xhandsome lgi..., cer hgpa sume dgr die nyanyi lagu what makes you beautiful handsome kan??! :D (okayy virus s4 datang kembali)

MAJMUAH 5 : bukan dia tapi aku (Siri 2)

okayyy sambungan dari cerita lepas..., apa perasaan yang telah menjalar tu sebenarnye..., kikiki..,sogan la pulak.., ni kalau ikhwah tahu ni mak ai..., malu la aku nak berdepan dengan dorg...




gambar ni waktu akhowat belanja ikhwa makan ayam goreng.., actually bnde ni kami akhowat rancang petg sbelum latihan tu.., sebab ape kami nk belanja tu kami pun tak tau nk ckp kenapa.., sebab kami pun tak tau kenapa kami nk belanja dorang.., mgkin sebab kami pikir yang ni muntada last kami.., lepas habis muntada ni mana ade lagi da muntada ni kat UMKL daa.., ni la yang terakhir...,

time tengah menikmati makanan tu.., rupa2nya kami yang akhowat ni mempunyai pemikiran dan perasaan yang sama.., masing2 berkata "lama tak happy macam ni!" (hampir semua akhowat cakap mcm ni..) 

ni antara komen dari kakak Syafiqah : " Lepas je makan ayam teros berubah haha pengaruh ayam sangat kuat..indahnye ukhuwah.majmuah5 menyemai ukhuwah mahabbah fillah .. "

seronok sebenarnye tengok suasana seperti malam tu..., actually malam jumaat hari tu kami ada latihan jugak.., time tu la menjadi pencetus idea kami nk belanja majmuah makan.., sebab time malam tu sorg kakak dri majmuah kami belanja kami makan aiskrim.., 2 aiskrim utk ikhwa.., 2 aiskrim lagi utk akhowat.., bayangkan..., 2batang aiskrim tu ikhwa kami kongsi seramai 7orang.., masha-allah!!! sungguh suwit!! kami akhowat yg kat belakang tu hanya memerhati dengan senyuman..., ya allah.., indahnya persahabatan..., :D

 seronok sangat saat tu..., sunguh.., sudah lama kami akhowat (aku terutamanya) tak merasai suasana spt itu.. :') terharu sungguh.., ahaks!! saat duduk sendirian.., aku terpikir tentang banyak perkara.., (melankolik sungguh diri ini!!) antaranya.. :

..........................................................................................................................

NEXT N3 KAYY... :D

majmuah 5 : bukan dia tapi aku (Siri 1)

uhh masa sungguh pantas berlalu.., tempoh pengajian asasi ku bakal berakhir tidak lama lagi.., bila ditambahtolakbahagidarab adalah lebih kurang 2bulan lebih kot.., :) tak tahulah mengapa sejak seminggu ni mood aku terasa bagai melankolik sgt..., mungkin sebab kengkawan semua balik kampung dan aku pulak tercongok kat amk ni kott.., hahaha :D
  
minggu ni turn majmuah aku yg buat persembahan utk muntada.. apa itu muntada??  ohh itu nama panggilan manja untuk tobur.., kikikiki :D and.., sejak hari khamis yg lepas setiap hari majmuah kami buat latihan..., WOW!! semangatnya lah kami kan??  sila bagi tepukan yang gemuruh utk IKHWAH kami kerana dalam muntada kali ini akhowat tiada seorang pun yg terlibat secara live di pentas nanti.., so ikhwah kami lah yang  terlebih semangat kiranya kan?!!cayalah korang!! (peace!!)

disebabkan dalam masa 2minggu ni kelas kami berlangsung cuma 2 hari je.., maka ramai kawan2 majmuah kami pakat cuti..,dan akhirya akhowat yg tiggal cume 9 orang daripada 22 orang!! see..., sedihya.., ahahhahaha..., hari first latihan lagi best.., akhowat yg ade cume 4orang je.., ahahhaha..., (time tu akhowat yg lg 5 org tu xtau ade ltihan) ikhwa ade 7orang drpd 10orang.., almaklumlah.., yg 3 org tu ore kelate..., balik melepaskan rindu la tuu.., almaklumlah dekat... :D

setiap kali latihan dilakukan.., kami yang akowat ni walaupun tak berlakon.., kami tetap turun padang menemani ikhwah2 kami..., (ceitt..., MENEMANI gituu..,:P ahaha) yelah.., habis tu nak suruh sape lagi temankan mereka?? kan3?? xkan akhowat majmuah lain kott??? haa!! mestilah kami akhowat mereka yang patut bg support utk mereka kan?? xgitu ke?? :D

sepanjang hampir lima hari bersama mereka.., terasa sesuatu menjalar di hati..., apakah itu???!!! nak tahu ape.., silalahbace next n3 ek.., klo sume nk tulis sini meme panjang ler... hohohoho...

Monday 28 October 2013

first time birthday di rantauan :D

okayy memg agak sayu malam tadi.., selama 17tahun aku hidup.., kehidupan aku hanyalah bersama keluargaku.., tak pernah aku hidup berjauhan untuk tempoh yang lama sehinggalahaku ditakdirkan utk meneruskan pelajaran di bumi Nilam Puri, Kelantan. so maksudnye ini adalah kali pertama aku menyambut birthday tanpa family.., tahun lepas birthday aku jatuh pada hari cuti sem.., so masih lagi dengan keluarga.., tapi kali ini..., :'(  tiada sentuhan tangan ayah di kepalaku, tiada ciuman birthday dari ayah, mak untuk ku, tiada pelukan dari ibu dan mama., tiada pautan ganas dari adik2.., ohh sayunya.., hohoho.., petang semalam pukul 6 mak dan adik2 dah talifon dah wish..., hahaha..., belum 28 lagi.., ekspress sungguh!! pagi tadi pun adik hazim, mak ngan ayah ada talifon..., alhamdulillah la.., :D

alhamdulillah juga kerana di sini aku tidak keseorangan.., my bestie Hani_Kimi sahabat hidupmati aku pun xlupa kat aku.., dia orang pertama yg wish aku.., :D thanks dear.., siap bagi hadiah lagi kat aku.., ahaks!! sorry beb sebab bfday kau aku cume bg vdeo je.., xde hadiah.., hohoho



xlupa juga kepada 6orang sahabatku.., actually.., 2 orang dari ahli AISHITERU menyambut birthday dalam bulan yg sama dgn aku.. 27/10 meklin 28/10 aku dan 30/10 cpe. (sila baca dgn bunyi sebegini C-PEK) so aku berada ditengah2 ni.., nak jadikan cerita.., kitorang nk buat surprise utk meklin ni.., aku tahu dorg mesti nk buat surprise utk meklin ni..,  aku pun nak gak!! jd aku pun mnyemak la duk menumpang sekali dlm pbincangan mereka... sbenarnye dorg nk buat utk aku sekali..., tapi.., hahahhaha..., da aku dok skali.., memg x la kan.., yela.., bfday aku ngn meklin selang bape minit je pun.., dek sbb aku di tgah2 antara meklin n cpe.., aku nk jugak buat surprise utk meklin!!

pendekkan citer semalam (27/10) kami ber-enam (aku, khalil, mekna, meknis, mekdi dan cpe(time ni cpe bru alik dr a.port)) serbu bilik alin smbil nyanyi lagu..., ALLAH SELAMATKAN KAMU.., dua kali gak la nyanyi.., skali lagi tu sebut nme aku, cpe ngan alin...

petg sbelum malm tu kami gi ambik cpe kat a.pot.., time tu sje je kmi suruh meklin dok sorg2 kat amk.., jadi yg gi ambik cpe cume 5 org je.., sblum ambik cpe tu.., smpat la gi beli kek.., order nasi goreng..., santapan utk jamuan kcil kami.., kikiki..., seharian tu kami buat bodo xtau je ngan meklin..., xwish papepun.., padan muke die!! hahahaha..,


tup2.., tgah makan2 tu meknis, mekna, khalil ngan mekdi kluar kan 3 bungkusan hadiah utk kami.., patutla mase kat kedai tu lame dorg membeli.., rupe2ye membeli hadiah utk ktorg.,, hahhaha.., so sweet la mereka...,

kepada kawan2ku y bertanya face to face "harini bfday kau eh te'ah??" maaflah saya menafikannya tadi.., bukan ape.., malu la nk angguk dan meng-iakan.. malu.., tu y geleng dan kata tak tu.., hihihihi..., sorry sayang2ku...,

alhamdulillah wlu jauh dr family..., aku masih dikurniakan sahabat2 spt ini.., adik Ahmad Fakhrurrazi dan Faizal pun wish jugak!! lahai.., suwitnye mereka.., hahhahah..., thanks sahabat2ku...,

Monday 26 August 2013

bukanku tak sayang...

bukannya tak tertarik tengok orang2 bercinta.., bohonglah kan..., mesti nak punye.., aku pun camtu jugak.., tapi entahlah.., aku ada masalah sikit lah kalau nak serahkan hati ni.., fobia cinta?? xdepun.., aku memg tak pernah bercinta.., nak fobia macammana...

sejak umur aku 15 tahun lagi aku dah sematkan kat hati aku tak nak bercinta masa belajar..., lagi-lagi waktu sekolah menengah... kenapa?? urmm. sebab...
  1.   aku takut kalau aku sedang sibuk menyulam cinta nanti bila aku belajar dekat U, jumpa ramai orang lepas tu aku tertarik pada orang lain pula..., sekaligus aku akan kecewakan orang tu..
  2. sama seperti di atas
  3. sama seperti no 1 dan 2
lagi2 bila masuk ke APIUMNP ni bertambah lagi sebab kenapa aku takut nak serahkan hati ni.. aku tak nak suami aku jadi kekasih aku yang kedua atau ketiga atau keempat..., biarlah dia yang menjadi kekasih sekaligus suami yang pertama dan terakhir.. aku tak kisah kalau aku ni yang cinta dia yang keberapa pun.., asalkan biarlah aku isteri dia yang pertama dan terakhir..

kita hanya mampu merancang.., allah yang menentukan.., aku berkawan dengan seorang hamba allah ni.., ye. KAWAN. kami berdua setuju jadi SAHABAT dahulu.., SAHABAT yang sangat rapat.., dia seorang yang sangat baik.., seriously.., sangat baik.., biasalah kalau dah lama berkawan.., berlainan jantina.., so perasaan lain tu memang ada lah kan.., (sebenarnye hari first aku kawan ngan dia pun kami dah selesa.., dah macam lama kenal...)

aku semakin larut dengan perasaan.., sampailah satu hari tu aku pergi ke rumah anak yatim..., dekat situ aku nampak sesuatu...,  TANGGUNGJAWAB.  dekat situ baru aku nampak banyak sebenarnya tanggungjawab aku..., salah satu nya pada adik2 kat rumah anak yatim tu.., aku terfikir.., begitu banyak tanggungjawab aku yanag belum habis..., aku kena settlekan dulu benda tu semua..,

kemudian aku terfikir lagi.., aku gunakan tiket PERSAHABATAN.., tapi perasaan aku dah semakin larut dah..., so aku nekad.., memang akan ada hati yang akan terluka...,

buat awak yang sedang membaca..., keputusan yang saya buat ni untuk kebaikan kita berdua juga..,
  • saya tahu awak sedang sibuk mencari rezeki.., balik tengah malam.., kita bertemu pun dekat muka buku je.., saya taknak susahkan awak layan celoteh saya dengan badan yang sangat penat.
  • yang paling penting.., saya nak kita sama2 serahkan dulu hati kat allah..., supaya hati kita lebih terjaga
keputusan yang saya buat ni bukannya sebab ada orang lain atau ape..., serious!! family saya pun tahu yang saya berkawan ngan awak.., awak kawan rapat saya.., hampir 100% makcik saya tahu pasal awak.., jangan risau..., saya cuma nak perbaiki dulu hubungan saya ngan Allah..., sebab bila tu dah terjaga saya dah tak perlu risau ape2 lagi...,  awak doakan saya kayy..

ingat.., saya buat ni bukan sebab ada orang lain.., percayalah.., saya sentiasa doa kalau ada jodoh antara kita.., biarlah allah tetapkan dan jaga hati saya untuk awak..., harap awak pun doalah sebegitu..., serious.., awaklah kawan saya yang paling rapat setakat ni.., 201112 cuba awak ingat balik ni tarikh ape.., kalau awak mampu ingat ni tarikh ape memg awak the best la!! :) satu lagi.., please3.., jaga bantal tu elok2 tau..., dan jangan lupa doa eh.., (jangan ingat saya suka.., saya pun sedih.., hanya tuhan yang tahu apa yang saya rasa)

 awak.., suka kan lagu ni??? saya pun.., saya pun.., hayati au lagu ni..


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu


Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
 #yang saya kalerkan dgn warna lain tu.., tu apa yang saya nk bgitahu awak la tu.. lagi satu..., jangan lupa dengar lagu mahar cinta nyanyian deevotees... saya harap awak faham.., saya harap sangat2...






Thursday 6 June 2013

ego kan aku FUN??


Salahkah aku mencintaimu
Walau ku tahu ku tak di hatimu
Egokah aku memilikimu
Walau ku tahu kau tak memilihku

suka dengar lagu wali band ni.., asal ana tak ambil semua liriknya?? urmm sebab ana rasa liriknye macam melampau lah pulak.., siap nak suruh Allah ambil nyawa orang tu.., heyy nauzubillah..,

kenapa lah ana ni suka sangat jiwang2 bagai ni??? xpernah habis dgan kejiwangan la ana ni!! hahaha well ini lah ana..,  so thats y la ana tak suka sangat dapat lelaki y romantis ni.., rimas sedikit.., :P

urmm ana rindu seseorang ni.., ana rindu gelak tawanya.., rindu perangai ngengadanya.., rindu perangai manjanye.., rindu nak dengar suara dia.., rindu nak main kuku jari tangannya.., rindu nak tegok muka cemberutnya.., rindu nak jenjalan dengan dia.., rindu nak berkongsi cerita dengannya dan segala2nyalah tentang dia.., (okayy aku memang gedikz)

akal berkata.. "kau ni kenapa ana?? bila dia ada depan kau.., kau buat donno je.., kau tak pandang dia.., pandang pun tak senyum apatah lagi kan?? bila dia tegur kau.., kau cuma tersenyum dan diam begitu sahaja.., kata rindu segala2nya tentang dia?"

huh..., T.T ala akal.., bukannye aku taknak..., tapi entah kenapa ntah hati aku ni degil giler.., eh tapi sape yang cakap aku tak pandang dia?? aku pandang tau tak.., tapi cuma curi2 pandang je la..,

"haah.., pastu bila dia pandang kau.., kau buat konon2 kau tak perasan dia kan2?? tu namanya PENGECUT la ana ooiii!!!"

uppss makan dalam owh.., hahaha.., ye la i admit it.., pengecut.., ye la kott :P aku bukan apa akal.., aku.., aku.., aku cuma tak tahu apa yang patut aku but.., adakah patut aku jadi seperti aku seperti 3 tahun yang lau?? aku tak tahu adakah aku ni masih ada di hati dia?? masih menjadi pilihan hati dia?? jujur sampai sekarang aku sayang dia.., ingat masa aku buat kerja bodoh sbg PENGECUT tu aku tak rasa sakit ke?? sakit weii..., cuma tu lah.., aku tak tahu.., adakah aku ni masih ada ruang sedangkan dia sudah punya ramai teman2 yang lain..,

heyy ana.., bersahabat bukan kena seorang je la.., rilex ar.., hak dia utk berkawan kott..,

ye tu aku tahu.., disebabkan itu lah aku dah relakan dia lepas dari aku.., entah lah.., aku ni jenis yang lain macam sikit kott.., aku sekali dah sayang kat seseorang tu.., dgn org tu lah aku luahkan segalanya.., orang tu lah pengarang jantung aku.., orang tu akan berada di tempat yang special di antara yang lain2.., berbanding ngan yang lain..., orang lain akan tahu tentang aku hanya yang umum.., tapi kalau dgn y special tu.., dia akan tahu segala2nya.., dan itulah kedudukan insan yang sedang aku ceritakan sekarang ni..,

tapi sekarang ni.., i means sejak 2tahun yang lepas.., aku nampak yang dia dah dikelilingi yang lebih better dr aku.., so xkan aku nk jd tamak kott.., xpelah.., mgkin dgan y lain hdup die akan okayy lagi.., kkurangan aku berlambak kott.., lgipn xkn die nk mgadap muke aku je.., bosan la die nt.., bohonglah kalau aku kate aku tak sedih.., dulu masalah die sume aku yng dengar.. tapi sekarang ni?? nak tahu tenang die pun aku kene stalk kat fb die.., huhuhu..

tak paham lah aku ngan kau ni ana!! kau ni kan...

ego?! :) tak kisah lah kau nak kata apa pun.., kau dan sesiapa saja boleh ckp apa yang kau nk ckap.., tapi cuma allah je yang tahu tentang perasaanku.. (aiceh macm lagu irwansyah) smpai sekarang aku tetap myanyanginya., wlupun perasaan sedih tu sentiasa merajai hati.., aku tak akan pernah putus utk mjadi stalkernya yang tegar.., biarpun bukan aku yang menjadi telinganya sekarang ini.., bukan lagi menjadi matanya saat ini.., aku tetap menyediakan diri ini sebagai pelabuhan yang dulu.., bukan pelabuhan usang.., tetapi pelabuhan yang sama seperti 2010..

aku sayang kau FUN!!

#okayy jangan salah sangka.., ini bukan tentang lelaki.. :) #

Wednesday 1 May 2013

aku sayang kau makcik gedikz.., hahahaha...,

cehh sure kau bengang baca tajuk ni kan makcik..., hahhahaha..., well jgn risau.., saje nk buat hang bengang.., sure muke hang comei kan.., nggeee...,

ada satu hari tu.., tengah sedap2 dok landing2.., tiba2 terdetik pula hati ni menyebut nama seseorang.., lalu dengan tergesa-gesa nama makhluk tuhan tu pun ditaip. mula2 tekan huruf S kemudian Y then A ~ F ~ I ~ R ~ A . lalu terpampanglah 5 6 suggest friend dr mr fb yang baik hati.., oohh ramai gak kawan cheq nama sayfira.., tapi cheq cuma cari nama SYAFIRA SAUFI jaa..., hehhehheh..

wooh3.., apa pasai ramai wish dia ni!!! err la birthday die rupenya..., bila2 ni?? kotak memori ku mula mengingat kembali sgala maklumat tntang makcik ni..., Fira punye befday?? urm.., blank!! ohh aku ada buku soalan peperiksaan yang aku buat sndiri dulu utk fira, min dan ida!! (hang ingat lagi kaa makcik??) aku pun berlari lah menggeledah almari bukuku mencari kertas jawapan tu.., okayy ada dalam buku nota plkn aku.., kertas tulisan tangan fira yang cantik tu pun aku baca satu persatu cuba mencari.., tak ada??? eh takkan aku tak tanya dia haritu dlm kertas periksa ni??? buku nota plk tu aku selak2.., urmm tak ada jugak lah!! aku mengeluh.., yang ada cuma nota2 conteng aku tentang perasaan aku pada ########## hahahha...,

aku kembali berteleku depan laptop., urmm.., CHOTTO MATTE!! aku kan online.., pasai pa xtengok je wall dia.., mane tau ada dia letak.., GOT IT! 19APRIL?? hari ni ke?? walaweii..., dah dua mggu berlalu kott..., siannye makcik ni..., apa punye kawan lah aku ni.., tak apalah.., mesej dia la.., minta maaf pada dia dan pujuk rayu dia agar dia maafkan aku.., hahhaha..,

handphone kat katil aku ambil.., handphone sony.., (mane samsung kau?? ohh da tukar ngan adik aku laa..., sim aku gedik.., gedik?? ahhh citer nanti lerr.., ) aku pun taip lah ayat yang kire leh bikin cair makcik ni.., (romantis la katakan..,  buwekk :P hahhaha) butang send aku tekan (dah xada touch2 da.., huhuhu) erk.., mesej dr celcom?? okaayyy aku lupa aku tak ada keredit la..., uhh sorry ye makcik.., esok aku tpup...

tup2.., sampai laa ni aku tak wish makcik ni.., da masuk bulan 5 pun.., lorhhh sorry ye makcik..., aku tak sengaja walau aku sengaja tidak menopup keredit kerana aku tidak sengaja menghabiskan segala duit kau hari tu.., so da tak de duit... maaf ye.., nggeeee..., hahhaha...,

makcik.., thanks 4 being my beloved friend..., sy syg awak..., kau la yg salu jd mgse aku lepaskan pasaan..., bsyukur aku terpilih ke plkn.., kurg2 dapat jumpe kau..., hahahha..., syg muah muah la pada kau..., ahhaha..., ehh kau nak apa ek ritu?? jappp aku cari...

nahhh tada!!!!
   Lahir Bulan April


# sgt aktif dan dinamik
# cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat menyesal
# sgt menarik dan pandai manjakan diri
# punya daya mental yg sangat kuat
# suka diberi perhatian
# sgt diplomatik (pandai memujuk ).berkawan dan pandai menyelesaikan masalah org
# sgt berani dan tiada perasaan takut
# suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah
# emosi cepat terusik
# try control the emotion
# kecenderungan bersifat dendam
# agresif, kelam kabut utk membuat keputusan
# kuat daya ingatan
# gerak hati yg sangat kuat
# pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan org lain
# berpenyakit disekitar kepala dan dada
# sgt cemburu dan terlalu cemburu

Orang yang lahir di bulan april memiliki sifat pembosan, tidak mau mengalah dan selalu ingin menang sendiri serta senang dipuji. Mereka tak pernah memilih dalam berteman, mempunyai otak yang cerdas namun tidak suka diperintah, selain itu pandai mencari uang. Walaupun begitu sifat boros sulit dihilangkan bagi mereka.

Tuesday 30 April 2013

cengengnye FATHI ~well.., oktober la katakan

hahaha.., Fathi.., Fathi.., nampak sangat jiwamu tak kuat lagi.., dah dah dah., pasni dok diam2 je ye.., :) dooiii cengengnya kau ni fatihah!!!

haha.., betul lah tu..,memang jiwa aku tak kuat lagi lorh.., tapi cengeng2 aku pun.., cengeng2 dalam e tau.., jiwa je yang menangis.., hahaha.., kat pipi ni ntah nape air mata ni tak nak mengalir..., hohoho..., nampaknya aku kena berusaha lagi ni.., hal sekecil tu pun aku dah tewas.., xboleh jadi ni!! hahaha.., mana taknya.., niat aku baik tapi kena label dgn label pen#@#@* pulak tu.., kalau label ECONSAVE tak pe gak.., hahaha.., aku ni kan anti kata2 kesat..., :P tu yang agak toching tu.., ngeee.., sesuai la kan dengan sifat OKTOBER an?? hahahaha.. 

 OKTOBER
Suka sembang.
Suka orang yang sayang padanya.
Suka ambil jalan tengah.
Sangat menawan & sopan santun.
Kecantikan luar & dalam.
Tidak pandai berbohong & berpura-pura.
Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan.
Sentiasa berkawan.
Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama.
Cepat marah.
Nampak macam pentingkan diri sendiri.
Tidak menolong orang kecuali diminta.
Suka melihat dari perspektifnya sendiri.
Tidak suka terima pandangan orang lain.
Emosi yang mudah terusik.
Suka berangan & pandai bercakap.
Emosi yang kelam kabut.
Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan).
Suka melancong, bidang sastera & seni.
Pengasih, penyayang & lemah lembut.
Prihatin dalam percintaan.
Mudah terusik hati & cemburu.
Ambil berat tentang orang lain.
Suka kegiatan luar.
Orang yang adil.
Boros & mudah dipengaruhi persekitaran
Mudah patah semangat.

well hampir 99% ape y org ni kaji betul2 ada pada diri aku.., huhu.., kbetulan kan?? hahaha..., so tu lah diri aku.., y negatif tu mintak maaf ye..., nanti fathi cuba ubah ye.., (blink2) hihihi

-eh bulan lima ape ek?? hahaha tetibe..- 

 MEI
Kekerasan hati & degil.
Kuat semangat & bermotivasi tinggi.
Pemikiran yang tajam.
Mudah marah apabila tidak dikawal.
Pandai menarik hati orang lain & menarik perhatian.
Perasaan yang amat mendalam.
Cantik dari segi mental & fizikal.
Tidak perlu dimotivasikan.
Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain.
Mudah dipujuk.
Bersikap sistematik (otak kiri).
Suka berangan.
Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu.
Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.
Daya khayalan yang tinggi.
Permikiran yang tajam.
Pandai berdebat.
Fizikal yang baik.
Kelemahan sistem pernafasan.
Suka sastera, seni & muzik serta melancong.
Tidak berapa suka duduk di rumah.
Tidak boleh duduk diam.
Tidak punya ramai anak.
Rajin dan bersemangat tinggi.
Agak boros


betul ke tak eh??? urmm nak kena buat penelitian ni.., ahaks!!! daa... 

Sunday 28 April 2013

gajah ke soulmate aku?!




Bab satu

Alya diam duduk berpeluk tubuh memandang ke luar melalui cermin tingkap kecil di sisinya.  Beberapa orang lelaki dan perempuan yang memakai baju uniform berwarna merah ligat melakukan tugasan masing-masing. Sesekali mereka bergelak ketawa, bergurau. Cuaca yang panas di luar nyata tidak melunturkan semangat mereka untuk mencari rezeki.

            “Ehem..” Alya pantas menoleh pabila mendengar bunyi deheman disebelahnya.
            “Miss.., you nak duduk berkelana kat sini ke?”
            Alya menjeling tajam pemuda disebelahnya. Nak perli-perli pulak.. Pemuda itu hanya ketawa melihat muka Alya yang sudah mencuka. Dia pantas menjauh memberi ruang pada Alya yang sudah berdiri ingin berlalu.
            “Faris.., you ada shift lagi ke lepas ni?” Alya memandang pemuda dihadapannya yang segak berkot hitam sebelum mengalihkan pandangan kepada si empunya suara yang sedang melangkah ke arah Alya dan pemuda yang dipanggil Faris itu. Gadis cantik yang berskirt merah paras lutut itu pantas melemparkan senyuman pada Alya. “Thank you. Have a nice day.” Sapanya.
            Alya hanya tersenyum. Hatinya sempat memuji kecantikan gadis itu. Perghh.., dahlah cantik.., senyuman dia tu lagilah..., sure ramai peminat awek ni. Entah-entah mamat Faris ni pun minat dia jugak. Dia memandang Faris yang kini sedang berhadapan dengan si gadis.
            “Ala.., I baru nak ajak you pergi rumah I this weekend. Parents I ada buat wedding anniversary mereka.”
            “Sorry Nana.., tu lah.., siapa suruh you tak invite I awal-awal.., kalau tak sure I boleh ambil cuti dan pergi rumah you.”
            Ohh Nana nama awek ni. Bisik hati Alya yang dari tadi berdiri memasang telinga. Eh., bukan sengaja eh dia memasang telinga. Siapa suruh dia orang menghalang laluan perjalananku. Tak kan nak turun guna tingkap kot? Alahai mereka berdua ni.., kalau ye pun nak buat aksi pujuk memujuk bagi lah aku jalan dulu. Haddooiii.. tiba-tiba hati Alya terasa rimas melihat pasangan di hadapannya ni. Ahh ni tak boleh jadi ni.., aku dah lapar dah ni. Takkan nak tunggu mereka berdua selesai aktiviti tawar-menawar kot baru aku nak keluar. Mahu aku pengsan karang!
            “Excuse me.” Celah Alya.
            Faris dan Nana serentak menoleh memandang Alya.
            “Err.., perut saya dah berkeroncong ni. Saya nak lalu boleh?”
            “Ohh sorry.., kami tak perasan. You lah ni Faris. Kesian this girl.” Nana masih lagi dengan senyumannya.
            Faris ketawa kuat. “Aik, I pulak yang salah. You yang bercakap tak henti-henti.” Faris memandang Alya yang betul-betul berada di antara dia dan Nana. “Tulah.., lain kali you makan calcium banyak-banyak sikit ye miss. Kalau tak kesian nanti orang tak nampak pulak.”
            “Faris! Jahatlah you ni!” Nana menepuk lembut lengan Faris. “Err sorry ye miss. Dia ni memang gila-gila sikit.” Ujar Nana memohon maaf. Apa-apa pun etika bekerja perlu dijaga. Buatnya gadis ni mengadu pada pihak atasan.., tak ke naya.
            Alya hanya tersengih memandang kedua-duanya. Malas mahu menjawab walaupun hatinya berasa geram dengan perlian Faris padanya.  Dia membetulkan letak duduk beg di bahunya. Dia berjalan selamba melintasi mereka berdua. Matanya sempat mengerling tag nama yang terlekat kemas di sudut kiri baju Nana. NORDAYANA.  Ohh tu nama penuhnya. Saat kakinya hampir mencecah anak tangga terakhir tiba-tiba dia teringat sesuatu!
*************************
            Bersusah payah dia mengangkat beg bagasinya yang sederhana besar dan diletakkan bersebelahan dengan satu lagi bagasinya yang berwarna biru tetapi bersaiz lebih besar. Haddoii.., banyaknya beg aku! Satu keluhan terlepas. Mahu lenguh badan aku bawak beg ni semua. Ish ish ish. Dengan bagasi yang besar di tangan kanan dia menarik kedua-dua bagasi miliknya beralih ke sudut tepi memberi ruang laluan kepada yang lain. Poket seluar slack di seluk mengambil talifon bimbitnya. Leka menaip sehingga tidak sedar tingkahnya ralit diperhatikan oleh seseorang.
            “Oh mak Alya dah sampai! Lapar nak pengsan! ” Alya melatah terkejut apabila belakangnya yang memikul beg sekolah ditepuk kuat. Mukanya sudah terasa panas. Ya Allah!! Malunya aku semua orang pandang. Alya menekup mukanya dengan kedua tapak tangan. Mahu saja dia mengurung dirinya didalam bagasi birunya itu. Dia mencuri  lihat melalui celah-celah jarinya. Hampir kesemua orang yang berada di ruang itu memusatkan pandangan ke arahnya dengan senyuman dan ada juga yang tertawa. Mak.., malunya Alya..!!
            “Eh, Alya jangan pengsan dulu nak.., mak tak larat nak angkat Alya nanti.”
            Alya pantas menoleh mencari empunya suara dibelakangnya yang dari tadi tidak henti-henti mengetawakannya. Dah tu berani pulak loyar buruk ngan aku! Alya menjengilkan matanya bulat. Rahangnya bergerak-gerak menahan marah.
            “Alya nak makan apa nak?” sekali lagi pecah ketawa yang membingitkan pendengaran Alya.
            “Kau apasal?! Gila?!” marah Alya. Nafas Alya turun naik menahan sabar. Telefon bimbit di tangannya digenggam kuat apabila terasa kata-katanya tadi tidak membawa apa-apa makna malah makin kuat pula tawa itu dipendengarannya. Alya perasan orang disekeliling yang lalu lalang memandangnya.
            Dia mendengus kuat lalu berpaling mengambil bagasinya dan dengan bersusah payah dia menarik menuju ke pintu balai ketibaan. Langkahnya terhenti apabila terasa begnya berat tidak bergerak. Dengan kerutan Alya berpaling ke kanan. Dia merenung tajam ke arah satu susuk tubuh yang tersengih-sengih memandangnya. Patutlah berat!
            “Woi bangunlah! Yang kau duduk atas beg aku kenapa?!” marah Alya dengan suara yang agak kuat. Dia tidak peduli dengan orang yang sibuk tertawa memandangnya. Ahh orang bukan ketawakan aku.., tapi ni ha.., anak gajah ni!!
            “Tak nak. Aku  nak duduk sini jugak. Aku tengah penat ni. Kau tariklah aku ye..  Aku nak rehat. Hihihi. Thank you!”
            “Banyak cantik muka kau. Eee bangunlah!! Dah lah berat macam anak gajah. Kau jangan nak mengada-ngada boleh tak?! Kat luar tu banyak kerusi. Kau nak baring ke nak apa ke, terserah pada kau. Sekarang ni kau bangun dari beg aku!!”
“Hahaha.., sampai hati awak cakap saya macam anak gajah. Kalau saya anak gajah awak mesti mak gajah kan?? Mak gajah.., anak gajah nak rehat kat sini ye mak gajah.???” Sengaja dia mengecikkan suara seperti kanak-kanak. Siap dengan pakej muka comel pulak tu.  Ketawa lagi! Argghh sakitnya hati! Dia kata aku mak gajah?!  Sesedap rasa betul lah mamat ni!!
“Eee bangunlah Faris!” pinta Alya sekali lagi. Dia berura-ura mengangkat bagasinya lebih tinggi namun ternyata anak gajah ini memang berat!
Dia buat dono je?! Tak boleh jadi ni!! Mata Alya lingkas mencari kelibat polis yang selalunya berada di pintu balai ketibaan. Yes! Ada pun. Alya berkerut melihat dua orang polis muda yang kelihatan hensem bergaya itu terangguk-angguk. Amboii marah-marah pun mata kau tu sempat juga ye menilik hensem ke tak. Getus Alya.  Ni yang abang polis ni tersenyum-senyum terangguk-angguk ni kenapa pulak? Pantas Alya berpaling melihat makhluk tuhan yang sedang enak berehat di atas bagasinya. Patutlah!! Sure dialah yang menyebabkan abang polis dua orang tu tak mahu membantu aku. Mentang-mentanglah...
            “Kenapa Alya renung saya macam tu, Alya? Dah jatuh cinta ye dengan saya? Ke Alya nak makan saya ni? Alya dah lapar sangat  eh?”
            Bencinya aku!!!! Alya mengetap bibir.
            “Lapar ye Alya?” tanyanya lagi.
            “Alya.., oh Alya..., awak la...”
            “Shut up!!!”

*************************
            Alya mengeluh perlahan. Laju jemarinya bermain di atas skrin sentuh talifon bimbitnya. Setelah menaip okay mama dia terus menekan butang send dan terus menyimpan ke dalam kocek seluarnya.
            Faris melabuhkan punggung berhadapan dengan Alya yang sedang duduk berpeluk tubuh. Botol air mineral dan secawan air gas pepsi dihulurkan kepada gadis yang masih mencuka. Namun hulurannya tidak bersambut. Alya hanya memandang sepi ke tanpa menghiraukannya. Faris tersenyum.  Dia tahu gadis itu masih menyimpan geram padanya. Botol mineral 150ml itu dengan sengaja dicampakkan betul-betul di atas peha Alya membuatkan gadis itu tersentak.
            “Kau apasal? Tak boleh bagi betul-betul ke?” marah Alya.
            Faris mencebik. Huh.., dia yang berkhayal lepas tu nak marah-marah orang pulak. Roti coklat Gardenia yang dibeli tadi dikeluarkan dari plastik.
            “Nak tak?” Tanya Faris.
            Alya hanya menjeling sebelum menyandarkan badan ke kerusi. Matanya dipejam rapat. Nafas ditarik perlahan-lahan. Penatnya jiwa dan raga ni!  Faris menjungkit kening. Tadi aku tak tanya dia marah.., bila tanya sikit punya baik dia bagi aku jelingan tajam dia tu?? Alya.., Alya. Faris menggeleng. Tak nak makan sudah, biar aku yang makan.
            Faris dan Alya masing-masing membisu dalam dunia sendiri. Balai ketibaan yang tidak pernah putus dengan manusia sedikit pun tidak mengganggu kedua-duanya. Faris memandang Alya yang masih lagi bersandar dengan kepala yang sedikit terlentok di kerusi. Tersentap juga dia tadi bila Alya menangis dan terus berlari dengan bagasinya yang sederhana besar sementara dia hanya terdiam kaku di atas satu lagi bagasi milik Alya.
            Bayangan Faris tersentak bila tiba-tiba dia terdengar suara halus milik Alya. Alya diihatnya sedang duduk tegak memandangnya dan kemudian terus menatap talifon bimbitnya pabila pandangan mereka beradu.
            “Alya cakap apa tadi?”
            Alya mendongak dan terkebil-kebil memandang Faris yang sudah kegelisahan. Aku berkhayal ke tadi sampai suara Alya boleh terdengar-dengar kat telinga tadi??
“Err.., tak ada apa-apalah Alya.. hihihi.” Faris tersengih-sengih. Dia terus menyuap masuk roti yang sudah tinggal separuh.
“Thanks.” Faris tersedak. Nasib baik roti yang dikunyahnya tidak tersembur keluar. Dia terbatuk-batuk. Alya kelam kabut menghulurkan botol mineral yang sudah dibuka penutupnya. Faris meneguk rakus sehingga dirasakan tekaknya kembali normal.
“Ris., are you okay?” Nana yang kebetulan baru keluar dari balai ketibaan bersama pramugari-pramugari yang lain terus menerpa ke arah rakannya itu setelah dari jauh dia Nampak lelaki itu terbatuk-batuk tidak henti. Jejari runcingnya mengurut lembut belakang Faris.
Faris tersenyum.
“Thanks. I okay. Amboii you., kalau ye pun risau kat I takkan you angkut sekali semuanya melawat I.” Faris mengusik. Hidungnya agak memerah sedikit.
Nana menoleh kebelakang. Suzy, Jue dan Zyra hanya tersengih melihat Faris yang tidak pernah putus idea mengusik mereka. Tidak hairanlah jika semua staff menyenangi pemuda kacak dihadapannya itu.
Faris mengaduh kesakitan menerima pukulan beg tangan Gucci milik Nana di lengan sasanya. Dia mencemik seperti ingin menangis. Bukan sakit pun sebenarnya. Sengaja hendak mengada-mengada mengusik teman-temannya.
“Kami tiba-tiba ternampak you macam dalam kesakitan.., thats why la kita orang datang nak tolong. Bukan apa.., I tak nak nanti tempat ni berhantu pulak kalau tiba-tiba you mati tercekik kat sini.” Ujar Nana membalas sebelum semuanya mengetawakan Faris. Bukan selalu dapat kenakan Faris tau!! Selalu Faris je la kaki buli mengusik mereka.
“You all ni semua dah nak balik la eh?”
“Yela Mr.Faris ooii.., you ingat you sorang je yang habis shift.” Suzy menyampuk.
“Haa.., asal you tak balik lagi ni Faris?” Tanya Nana pelik. Rasanya dah lama Faris berlalu keluar selepas penerbangan terakhir mereka tadi.
“I lapar lah. Tu yang I rest sini kejap sambil makan roti ni. Elok-elok tengah makan menikmati kelazatan roti Gardenia tiba-tiba I terus tersedak then you all pun datang sebagai penyelamat lalu roti I pun tak sempat dihabiskan lalu I pun tak dapatlah balik.” Faris tersengih senang hati, roti di tangan dicubit sedikit dan disuap ke mulut.
“Ishh.., dia ni kan suka jawab panjang-panjang dan meleret entah apa-apa!” marah Nana. Dia bangun berdiri mengemaskan pakaiannya. Dia memandang tiga temannya di belakang. “Ris.., we all gerak dulu lah. Badan I dah penat dah ni. You tu makan elok-elok sikit. Karang tercekik lagi I tak tahu. Penyelamat-penyelamat you ni dah nak balik dah ni.” Nana ketawa kecil. Masing-masing meminta diri dan Nana sempat menangkap wajah Alya yang hanya selamba menunduk memandang talifon bimbitnya. 

Bab dua
“Alya ni.., nasib baik saya tak mati tercekik tau. Kalau tak tunggulah nasib awak nanti bila saya jadi hantu. Saya cekik awak semula, padan muka.”
Berkerut Alya memandang Faris di hadapannya.
“Entah apa-apa entah kau ni lah. Aku cakap thanks pun kau nak terkejut macam nampak pontianak. Leceh betullah kau ni.”
“Amboii ayat kau.., Alya. Sungguh berbunga-bunga.” Faris tertawa. Dia mengambil plastic merah di sebelahnya lalu diberi pada Alya.
“Ambil roti ni. Makan sikit buat alas perut tu. Hahaha.., kau dengar ayat aku tu.., alas perut gitu. Bukan kaki dengan meja je tau yang perlu ada alas., perut pun kena ada juga tau.”
Alya hanya diam. Perut yang berkeroncong memaksa dia menerima juga huluran Faris.
“Thanks.”
Faris mengangguk. “Aku bukan apa.., takut kau pengsan je kat sini kang kalau aku tak bagi makan.., susah pulak aku nak angkat kau. Bukannya ringan kau tu. Harap rendah je.., tapi badan.., kus semangat.., mak gajah la katakan kan?” sengaja Faris menyebut perkataan ‘mak gajah’ itu dengan nada yang agak perlahan.
“Woi.., berangan ke??” panggil Faris. Diam je Alya ni.., penat-penat aku kutuk dia, dia boleh buat muka selamba je? “Wei.., dengar tak apa aku cakap ni?”
Alya  mendengus kuat. Kedua-dua tangannya dimasukkan melalui tali beg berwarna kuning berjenama BillaBong.
“Apa-apa je la anak gajah.” Alya sempat menoleh Faris yang terpinga-pinga. “Aku balik dulu. Assalamualaikum.” Usai itu, dia bingkas bangun dan menarik bagasinya berlalu meninggalkan Faris.

*************************
Sendirian lagi. Jam di dinding dikerling.  Bosannya!! Bantal peluk ditarik dekat ke dada. Dipejam matanya rapat, cuba mendodoikan diri. Sudah seminggu dia di rumah setelah hampir 3 tahun bermaustatin di Sabah. Ikutkan hati memang tak mahu lagi dijejakkan kakinya ke rumah teres dua tingkat ini. Namun desakan mamanya yang setiap hari menalifon ditambah pula dengan pujukan Mak Busu membuat dia tidak betah untuk berlama-lama di sana, sementelah dia sedar sudah lama dia mengabaikan tanggungjawabnya di sini.
Tapi..,  serius bosan tahap gaban dirinya di sini. Rutin hariannya sepanjang tujuh hari ini dari awal dia celik mata hinggalah ke saat dia terlena semuanya sama. Bangun pagi buat sarapan, mandikan adik-adik dan kemudian menghantar mereka bertiga ke sekolah. Dalam pukul lapan sesampai saja ke rumah sebesen pakaian sudah menantinya di dalam bilik air.
Lebih kurang pukul 10, terpaksa pula dia turun naik tangga mengemaskan rumah yang sederhana besar itu. Walaupun tidaklah sebesar mana.., tapi cukup membuatkan badannya yang agak gempal itu melancun-lancun dengan peluh. Adik-adiknya yang tiga orang itu sungguhlah nakal! Puas diingatkan untuk kembali menyusun segala permainan namun langsung tidak diendahkan. Kertas-kertas bercarik bersepah disana sini. Tanah liat melekat-lekat di lantai. Robot-robot transformers bersepah-sepah. Kusyen-kusyen terdampar dengan zip yang terbuka. Warna pensil terselit di bawah almari, permaidani dan sofa. Huh! Rasa macam sia-sia saja mengemas!
Hampir pukul dua belas barulah dia dapat merehatkan diri. Itupun di dapur! Yelah kan.., setakat memasak, apa yang susahnya. The best things that i love the most. Hohoho. Main hentam sahaja English aku ni! Bak kata pakcik dalam cerita pendekar bujang lapok – hentam sajalah! Hurmm.., tapi nak masak tu pun sebenarnya payah juga.., mana taknya..,  aku tak boleh sesuka hati memasak ikut sedap rasa.., ada pulak peraturannya! Aisehh leceh betul la. Dia mengeluh panjang.
Bunyi lagu Bosan nyanyian Stacy tiba-tiba menyentap pendengarannya yang sedang enak berguling-guling. Dengan malas tangan diraba-raba kebelakang mencapai sesuatu yang berukuran kotak pensil yang bergegar-gegar tanpa henti.
“Assalamualaikum Alya.” Berkerut sedikit dahinya. Siapa pula ni?
“Waalaikumussalam.”
“Alya kat rumah ke ni?”
“Ha? Ha’ah.” Jawab Alya pendek.
“Ohh semua ada ke?”
“Tak. Saya seorang je kat sini. Mama kerja. Adik-adik ada kelas ganti.”
“Ohh okay. Kita orang on the way ni. Kejap lagi kita orang sampaila. Saja call nak pastikan ada orang kat rumah.” Alya menggaru kepala. Kita orang? Siapa? Mail, Jaja dengan Latip ke? Tapi ni bukan nombor Mail. Nombor Latip ke ni? Ye la kott.., sebab nombor Latip hari tu kan aku da terdelete masa gaduh dengan dia.
“Alya? Boleh tak ni?”
“Eh., eh.., boleh. Silakanlah.” Tapi.., suara ni macam bukan suara Latip. Suara Latip garau macam harimau. Yang ni...lembut sikit dari harimau..,  eisshhh!
“Haa nanti dah nak sampai kita orang call lagi ye. Dekat supermarket ni. Nak beli buah tangan sikit. Okaylah.., assalam....”
“Eh jap., jap! Jangan letak dulu.”
“Kenapa Alya?”
“Err saya nak tanya sikitla. Sebenarnya awak ni siapa dan err.. kita orang tu siapa?” haa terlepas juga persoalan yang dikurung-kurung sendiri sedari tadi.
“Ha’alah.., dari tadi dok cakap panjang lebar rupa-rupanya Alya tak tau ni siapa? Haha.., Alya.., Alya.. Ni abang cik lah.”
 Abang Cik?!!
*************************
            Dulang merah yang telah kosong  diletakkan di bawah meja kopi. Dua gelas kosong dihadapannya dituang air ribena yang sejuk dengan ketulan-ketulan ais.
            “Minum Moksu.” Dihulurkan gelas itu kepada Mak Busu dan satu lagi diletakkan di atas meja bertentangan dengannya. Alya kemudian duduk bersimpuh di sebelah Mak Busu. Pisau di tangan Mak Busu berganti tangan. Beberapa biji buah epal telah siap Mak Busu kupas kulitnya.  Alya ambil baki yang selebihnya dan dikupas satu persatu sebelum dipotong.
            “Manis tak buah tu?”
            Alya mendongak. Dia mengangkat bahu.
            “Tak tahulah Moksu. Adik tak rasa lagi.” Beberapa biji buah yang sudah siap dikupas dipotong laju kedalam pinggan dan diletak di atas meja.
            “Cuba Moksu rasa.” Suruh Alya. Mak Busu mencapai sepotong. Terdengar lafaz basmalah disebut. Alya hanya memerhati menanti reaksi Mak Busunya. 
            “Ermm okay la ni. Tak ada lah manis sangat. Sedang elok la ni.” Mak Busu terangguk-angguk sedikit.  “Nah, rasalah.” Buah epal yang sudah separuh digigit disuakan pada Alya.
            “Haah.., sedap!” Alya tiba-tiba bangun dan berlari anak ke dapur.
“Kejap eh Moksu!” laungnya kuat. Bunyi pintu kabinet ditutup dengan kuat bersilang dengan satu bunyi ketukan batu. Dia kemudiannya muncul tersengih dengan sebuah mangkuk sederhana kecil di tangan.
“Apa tu dik?”
“Haa ni namanya sambal sweet sour Moksu! Hahaha.” Alya duduk bersila di penjuru meja kopi, masih di sebelah Mak Busu namun ditempat yang berlawanan dari tadi. Kini dia berada di tengah-tengah antara Mak Busu dan anak kesayangannya, Nazri.
Nazri yang sejak melangkah masuk ke rumah teres dua tingkat itu diam membisu menonton tv menjenguk kepala mengintai mangkuk kecil disebelah pinggan epal yang sudah togel tanpa baju. Sedikit belacan dan gula serta beberapa batang cili api hijau dan merah yang sudah hancur. Ehh tu yang halus-halus tu apa? Ohh garam lah tu agaknya.
“Apa ni dik?” soalnya. Duduknya di sofa sudah didekatkan sedikit merapati Alya di bawah.
Alya menjeling tajam Nazri yang agak membongkok sedikit menghadapnya. Sambil itu sambal sweet sour nya digaul dan ditekan-tekan  dengan sudu sehingga semuanya menjadi lumat sebati.
            “Ohh ada lagi anak Moksu ni kat sini eh. Ingat dah kena sedut masuk tv tu sekali main sep sep tom tom dengan anak singa tu.” Perli Alya mengundang tawa Mak Busu.
            Spontan Nazri mencapai remote Astro di sebelahnya dan... Papp!! Dia memukul kuat lengan Alya yang berbalut baju kurung kuning keemasan . Padan muka. Getus hatinya apabila Alya menjerit kesakitan.
            “Sakit lah budak!” Alya bingkas berpusing kebelakang dan merenung marah Nazri yang selamba memandangnya.
            “Nasiblah!”  Nazri sudah menjelir lidah.
            “Eeee tak ada perasaan betul la dia ni. Dah lah menyakitkan tubuh orang.., lepas tu menyakitkan hati dan perasaan orang pulak tu! Menyampah betul la.” Bebel Alya dengan muncung yang panjang. Matanya masih lagi statik menentang wajah kacak Nazri.
            Terangkat kening Nazri.
            “E’eh.., abang rasa abang cuma pukul kat sini je...” Nazri menunjuk ke lengan Alya. “Tak ada pulak rasanya abang pukul hati adik yang tersorok kat dalam tu. Lagipun lecehlah kalau abang nak pukul hati adik tu.., nak kena keluarkan dari badan adik tu nak guna apa? Pisau yang tumpul tu? Huh?! Berejam-rejam nak menunggunya tau. Takat untuk potong buah epal bolehlah.”
            Alya mendengus marah.
            “Menyampah layan abang ni. Pergilah tengok tv sana!” paha Nazri ditolak sekuat mungkin jauh darinya. Nazri hanya tertawa riang. Sengaja dia mengkakukan badan ingin mengusik Alya yang kelihatan bersungguh-sungguh menolaknya. Tergelak dia apabila Alya mencebik dan berpusing 180 darjah membelakangkannya. Mengalahlah tu.
Huh.., tengok muka Moksu lagi best daripada tengok abang lah. Dapat jugak pahala. Ngomel Alya di dalam hati. Mak Busu cuma diam tersenyum memerhati. Macam budak-budak!  Alya menggolek-golekkan hujung buah epal di dalam sambal sweet sour dan disuapkan ke mulut Mak Busu.
“Moksu.., kacak juga kan abang chik tu! Walaupun dia nampak agak skema dengan rambut belah dua.., baju siap tight-in tapi dengan kaca mata yang dia pakai tu.., perghh!!! Lagi-lagi dengan suara dia yang slow ala-ala romantik gitu. Patutlah kak chik boleh jatuh hati kat dia ek? Kak chik kan suka orang romantik.”
Selamba Alya mengomen abang chik a.k.a Khairil Adam a.k.a  Laili’s husband. Mulutnya leka berborak dengan Mak Busu ~ tidak mengendahkan Nazri dibelakang. Mangkuk sambal terus diangkat dan diletakkan ke lantai saat hujung matanya ternampak tangan sasa seseorang sudah mencapai epal yang putih berseri.
“Auuwwww!!! Sakitlah!!!” Alya mengaduh. Tangannya cepat memegang jemari kasar yang hinggap di rambutnya.
“Moksu!! Tengok abang!!” adu Alya dengan muka yang berkerut menahan kesakitan sambil memukul tangan Nazri yang masih menarik rambutnya. Dia terdongak sedikit kebelakang. Dijengilkan matanya memandang Nazri yang menayangkan wajah selamba.
“Nazri.” Tegur Moksu. Alya menjelir tanda kemenangan. Kalau Moksu dah bersuara sure abang kecut punya. Hihihi. Bibir Alya mulai melakar sedikit senyuman saat dirasakan rambutnya mulai perlahan-lahan dibebaskan. Yes!! Hahaha... eh.. eh..!!
“Abang Ayie!!”
Ketawa Nazri kuat memenuhi ruang tamu rumah dua tingkat itu. Dia tersandar keletihan di sofa. Penatnya ketawa.. Pahanya yang kemerahan dipukul Alya, walaupun perit namun tidak dihiraukan.
“Kejam betul la abang ni! Sanggup tarik rambut orang semata-mata tu je.” Alya sudah berpindah duduk di sofa sebelah Nazri yang masih tidak henti ketawa. Ada ke patut tarik rambut aku sampai aku nyaris-nyaris jatuh kebelakang. Ingatkan masa aku dok yes! yes! tadi tu betul-betullah dia cuak kat Moksu. Rupa-rupanya dia nak pekenakan aku je. Lagi dia sentap rambut aku adalah.., pastu dia sikit punya baik terus bangun menunduk ke depan aku.. nak.. nak.. nak cicah sambal sweet sour aku!! Baik punya abang!
“Hey.., pening mak lah tengok perangai kau orang berdua ni. Asyikklah nak berantam tak sudah-sudah.”   
“Adik ni mak! Ayie tahu dia sengaja je larikan sambal tu tadikan budak?” tangannya sudah melekat di rambut Alya dan ditarik perlahan sehingga Alya tertoleh memandangnya. “Tu tadi tuu.., saja je dia buat gimik lebih, macamlah sakit sangat Ayie tarik rambut dia. Kan adik, kan?” Alya sudah tersengih-sengih. Betullah tu! Bukannya sakit pun.., saja je nak mengada-ngada! Ahaks.
“Astarghfirullahaladzim!!” jeritan di muka pintu membuatkan mereka bertiga berubah riak.

jumpa lagi nanti ek..., :)