p>
Home | MukaBuku | Jom Twit2 |

Monday 31 December 2012

ehems! dah halal ker???


"urghh...tak habis2 isu ni.., ikhtilat ikhtilat ikhtilat..., tak ada benda lain ke nak bahaskan??" hohohoho da selalu dah dengar orang dok mengeluh bila isu ni dikupas.., tapi baru dikupaslah.., dihadamkan tu tak taulah dah ke belum..., yeah..., sesetengah orang sistem penghadamannya okay tak ada masalah.., sehari pun da siap hadam.., sesetengah orang ambik masa berhari2..., betul x????hahaha

ana tak nak lah komen lebih2 pasal ni... sebab ana sendiripun bukannya baik sangat..., serius..., tapi   tidak salahkan kita sebagai saudara sesama islam nak saling menasihati dan mengingati..., ana nak ingatkan diri ana juga..., so bila kome2 nampak ana  punya pergaulan da mcm nk hancus.., kome sume boleh tolong ingatkan ana..,  macam lagu sape tu.., ana rafali kan kan kan???


 1. Menundukkan pandangan:

ALLAH memerintahkan kaum lelaki dan juga wanita untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA dalam Al-Quran Karim... :

Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)

Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)

menundukkan pandangan ni bukannya bila berjalan asyik tunduk je.., dok..., bukan lagu tu..., haish kome ni..., menundukkan pandangan tu di sini dengan cara tidak memandang seseorang (xkirelah pandang ikhwa atau akhowat ke) dengan pandangan yang peunh asyik..., cukuplah sekadar pandang sekilas.., tokseh la dok tenung muka teman tumacam singa kelaparan...,

2. Menutup aurat:

dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya, janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka, atau bapa mentua mereka, atau anak-anak mereka, atau anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu beruntung. (surah An-Nur: 31)


haa.., bab aurat ni ana tak nak ulas sekarang.., in sha allah post akan datang.., cuma ana nak highlight sikit kat sini tentang tudung..., kain kerudung (tudung) tu disuruh labuhkan sampai takat mana?? DADA kan??? so dah baca tu marilah sama2 kita praktikkan la eh...,

ikhwa nampak lagi smart macam ni tau^,<

tenang mata memandang kan ikhwa?



3. Adanya pembatas antara lelaki dan wanita;

Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; 

dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)

sekarang ni mesej ada.., facebook ada.., twitter mitter ade.., friendster, myspace, whatsapp la bagai.., jadi kanlah tu sebagai perantara kita..., tapi tak perlu lah kite dok tulis meleret2 bercerita di luar keperluan asal...

4. Tidak berdua-duaan di antara lelaki dan Perempuan;

Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

"Yeahh kita sambung cerita, kalau kamu berdua aku yang ketiga, hahahaha, aku penambah perasa akulah pendarab nafsu serakah.." sume hafal kan lagu KALAU BERPACARAN tu kan...??? haa so???

5. Tidak melunakkan ucapan (Percakapan):

Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; 

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)



6. Tidak menyentuh kaum berlawanan jenis:

dah halal no hal la cikpel2 :) cepatkan halalnye eh!


Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir) Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44 Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari) 


macam ana cakap tadi.., ana pun tak baik.., ada kekurangan.., setiap orang takkan terlepas daripada melakukan kesilapan.., kadang2 dok hantar pesanan.., tiba2 meleret tanya pasal luar topik pulak..., kadang2 mata ni kalau kurang mendapat tazkirah dia dok nakal jugak.., tapi yang penting kita tanamkanlah azam untuk berubah..., (welcome 2013!) cabaran untuk berubah memang sangat kuat.., tapi kita kenalah tekadkan hati tuu... in sha allah kome2 boleh.., sama2lah kita menuju kepada perubahan yang hasanah.., ^,^


 

1 comment:

  1. nice oneeee :)
    selalu2 lah update eh aku dah follow ni hihi :P

    ReplyDelete